Hadis Rasulullah perjelaskan hukum yang umum
Dr. Fauzi Deraman.
Sumber hukum dalam Islam terbahagi kepada empat iaitu al-Quran, al-sunah, qias dan ijmak ulama. Dari segi etimologi, perkataan hadis berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antaranya adalah baharu, berita atau khabar, peristiwa atau kejadian yang berlaku, perutusan atau perkataan dan kisah atau cerita.Kebanyakan pengkaji ilmu hadis mendefinisikan hadis sebagai segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan takrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak sebelum atau sesudah menjadi rasul.
Bagi mengupas persoalan peranan hadis sebagai sumber kedua hukum-hakam Islam, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto BAIZURA HARON menemu ramah pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman.
Apakah fungsi hadis dalam menafsir hukum Allah?
DR. FAUZI: Sebenarnya sunah atau hadis mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-Quran. Malah, Allah memuji Rasulullah dalam firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri (Rasulullah) itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21)
Rasulullah juga mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sesuatu hukum di luar al-Quran.
Antara fungsi hadis adalah menjelaskan hukum yang datang secara umum. Al-Quran memerintahkan solat, puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. Kita tidak mendapat penjelasan tentang syarat-syarat, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat dan juga pelaksanaan ibadat haji. Penjelasan lengkap dapat dirujuk kepada hadis Nabi s.a.w..
Yang kedua, hadis membataskan hukum yang mutlak. Contohnya, hukuman ke atas pencuri sebagaimana firman Allah: Dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. (al-Maidah: 38)
Perkataan �tangan� adalah mutlak tetapi tidak dijelaskan bahagian mana yang perlu dipotong. Namun, hadis membataskan bahagian yang dipotong itu adalah di pergelangan tangan kanan.
Hadis juga berfungsi mengkhususkan yang umum. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Nisa� ayat 11. Daripada ayat ini difahami setiap anak akan mendapat bahagian seperti kadar yang disebutkan apabila bapanya meninggal dunia.
Bagaimanapun, hadis mengkhususkan di mana anak para nabi tidak mewarisi harta peninggalan bapa mereka sebagaimana sabda Rasulullah: Kami para nabi tidak diwarisi, semua harta peninggalan kami adalah sedekah. (Riwayat Bukhari)
Keempat, menjelaskan yang samar. Contohnya ayat 82 dalam surah al-An�am mengenai kezaliman.
Ayat ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat Nabi kerana mereka memahami zalim di sini adalah cuai dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab. Rasulullah kemudian menjelaskan yang maksud zalim dalam ayat ini adalah syirik.
Fungsi kelima adalah menguatkan apa yang terdapat dalam al-Quran seperti kefarduan solat dan puasa.
Keenam, merumuskan apa yang disebut oleh al-Quran secara berasingan dan ketujuh menetapkan hukum yang didiamkan oleh al-Quran. Ini termasuklah pengharaman mengahwini wanita bersama dengan ibu saudaranya sama ada sebelah bapa atau ibu. Begitu juga pengharaman memakai sutera dan emas bagi lelaki.
Allah menjamin al-Quran akan terus terpelihara daripada sebarang cubaan mengubahnya. Adakah terdapat jaminan yang sama dalam hadis?
Sebagaimana wahyu turun dalam bentuk al-Quran, ia juga diturunkan dalam bentuk hadis melalui Jibril. Bezanya wahyu al-Quran adalah lafaz yang bermukjizat manakala hadis adalah wahyu dengan makna. Ini berdasarkan keterangan al-Quran dan juga penjelasan hadis.
Allah juga menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya: Dan Allah menurunkan kepadamu al-Kitab dan al-hikmah. (al-Nisa�: 113)
Menurut Imam Syafie, �saya mendengar orang yang diperakui keilmuan mereka mengenai al-Quran menyebut hikmah itu adalah sunah Rasulullah s.a.w..� Diriwayatkan tafsiran al-hikmah sebagai al-sunah dipetik daripada Hasan al-Basri dan Qatadah sebagaimana disebut oleh ibn Abi Hati dan Ibn Jarir dalam Al-Durr al-Manthur dan al-khatib dalam al-Faqih.
Wahyu ini pula terbahagi kepada dua iaitu wahyu matluw iaitu al-Quran dan wahyu marwiy iaitu khabar yang datangnya daripada Rasulullah. Maka dengan itu, Syeikh Manna� al-Qattan dalam Mahabith fi Ulum al-Quran membahagikan wahyu kepada tawqifi (wahyu daripada Allah) dan wahyu tawfiqi (ijtihad Rasulullah).
Apakah kedudukan atau martabat hadis yang layak diambil sebagai hukum?
Hadis yang disebutkan itu mestilah memenuhi syarat untuk diterima. Antara syaratnya adalah mempunyai sanad yang bersambung, perawinya adil, kuat ingatan, tiada kecacatan, tidak syaz atau janggal dan siqah atau boleh dipercayai. Apabila ada kesemua ini maka bolehlah hadis itu dijadikan sebagai hukum sama ada ia hadis sahih atau hasan dan lebih-lebih lagi mutawatir.
Bagaimana pula dengan golongan yang suka mengamalkan hadis yang lemah atau daif?
Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Yang pertama mengatakan tidak boleh atau tidak terima mutlak pengamalan hadis daif. Ini termasuklah Imam Bukhari dan Syeikh Ahmad Syakir.
Pandangan kedua mengatakan boleh beramal termasuk dalam bab syariah tetapi dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif. Ini termasuklah pandangan Imam Ahmad yang menolak hadis yang terlalu lemah.
Pandangan ketiga mengatakan boleh diterima dalam bentuk fadilat. Itu pun dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif.
Terdapat segelintir masyarakat yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Apakah status golongan ini menurut Islam?
Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20). Demikian juga perintah Allah dalam ayat 49 dan 64 surah al-Nisa�.
Perbuatan menolak hadis ialah hikayat lama yang berulang-ulang. Ceritanya sama tetapi pelakonnya lain dengan pakej yang baru. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.
Umat Islam wajib beramal dengan hadis dan berhukum dengannya. Kedudukan hadis dalam Islam tidak pernah dipertikaikan kecuali oleh segelintir orang.
Namun, umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)
Penerimaan dan penolakan perintah Rasulullah juga menjadi kayu ukur antara iman dengan nifak sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 47 dan 48.
Mereka yang mempersendakan sunah adalah sama dengan mempersendakan Rasulullah kerana kedua-dua tidak terpisah.
Lagipun, sama ada sunah Nabawiyah itu wahyu daripada Allah atau ijtihad Rasulullah, ia tetap wajib diamalkan kerana sumbernya adalah wahyu.
Ini dijelaskan oleh al-Quran: Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)
Apakah penanda aras untuk kita mengamalkan sesuatu sunah kerana ada di antara sunah itu hanya boleh dilakukan oleh Rasulullah dan tidak boleh dicontohi oleh umat Islam. Contohnya poligami Nabi yang melebihi empat wanita.
Kalau tidak ada bukti atau nas menunjukkan yang sesuatu hukum itu khusus untuk Rasulullah, maka ia adalah untuk diamalkan oleh semua orang Islam.
Apa yang penting ia memenuhi syarat-syarat hadis atau sunah yang diterima. Bukan berdasarkan andaian sahaja.
Contoh sunah untuk Nabi Muhammad ialah dalam kes puasa sunat dua hari berturut-turut kerana baginda pernah melarang seorang sahabat iaitu Abdullah Ibn Umar Ibn Asr daripada berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
http://al-bakistani.blogspot.com
salam ziarah
Biografi TOK BATIN:
1. Saya dibesarkan dikalangan orang Asli kelompok Senoi, diKuala Lumpur. tidak menganuti apa2 ugama, ‘Tetapi saya seakan2 pernah tawaf di Kaabah bersama unta2 dan kaldai2’
2. Saya sangat berminat membaca buku filosof2, Immanuel Kant, Sigmund Freud, Elbert Einsten, Ghandi, ALGazali, Ibn Sina, Ibn Farabi, Al-Quran, Vedas, sutras,Injil….
3. Bolih membaca AlQuran dan mengerti bahasa Arab dengan baik. Bahkan saya bolih membaca buku2 AlGhazali, Ibn Sina, Ibn Farabi..dalam bahasa Arab. Juga bolih menulis dan membaca bahasa Inggeris dengan baik.
4. Saya pernah berlajar secara formal sampai tingkatan lima sahaja… kemudian berhenti, ‘hanya’ saya sangat berminat membaca dan menyelidiki apa2 sahaja..Dan saya juga celik IT. Saya ‘tidak tahu kenapa’.
5. Mungkin ini agak berlebih2an bagi saya sebagai suku orang Asli, walau pun saya ‘terhina’ tetapi saya amat berbangga dengan kelahiran saya, dan inilah TAQDIR saya. ‘Bagaimana pun anggapan2 masyarakat terhadap orang2 Asli, sepatutnya ‘diperbetulkan’ agar kita dapat membimbing mereka kejalan yang ‘semestinya’ sebagai INSAN.. ‘Dan tidak semestinya orang2 Asli itu dikategorikan ‘menyumpit’ sahaja.
6. Sekiranya saudara berpandangan luas, terbuka, saudara2 bolihlah memberikan hujah2 saudara dan membantu saya, bagaimana dan mengapa serta hujah2 yang bernas, agar saya harus memilih ‘Satu UGAMA yang rasional’ bagi diri saya.
7. Umur saya telah berlalu tanpa ‘perlabuhan’. Pagi, petang, siang, malam berulang2. Makan, tidur, berak, kencing2 juga berulang2, Kadang2 saya terfikir mengapa benda2 yang sama sahaja, ‘A total repetitions of routines’.
8. Saya berharap dengan sifat ‘KASIH & SAYANG’ saudara2/saudari2 dapat mengubah segalanya.
http://tokbatinsenoi.blogspot.com/ http://maskbrain.blogspot.com/
http://topengminda.blospot.com/
Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
a) Tarikh: 23 Ramadhan 1430/ 13 September 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengahri
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Selangor
Kitab: Sair as-Salikin
http://pondokhabib.wordpress.com
Post a Comment