Saturday, August 25, 2012

BAGAIMANA MENGEKALKAN MOMENTUM RAMADHAN


Seorang Muslim memiliki tahap kehidupan rohaniah yang tinggi di Bulan Ramadhan kerana iklim ibadat yang terdapat padanya. Namun begitu ia gagal dikekalkan setelah meninggalkan bulan yang mulia itu. Prof Husain Shahatah  telah mengemukan beberapa pesanan yang berguna untuk kesinambungan roh Ramadhan tersebut:

Pertama:

Berpuasa setiap Isnin dan Khamis secara berterusan setiap minggu dan berpuasa tiga hari puteh setiap bulan kerana puasa tiga hari tersebut semacam ia berpuasa sebulan penuh.

 

Kedua:

Solat jemaah di masjid secara berterusan, sebagaimana dilakukan di bulan Ramadhan kerana ganjarannya menyamai 27 kali solatnya dirumah.

Ketiga:

Melakukan solat malam secara berterusan kerana Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam (HR Bukhari).

Keempat:

Meneruskan kebiasaan Wirid al-Quran sebagaiaamana dilakukan sepanjang Ramadhan kerana pesanan Rasulullah SAW “Bacalah al-Quran kerana ia menjadi syafaat kepada tuannya pada hari KIamat. (Riwayat Muslim).

Kelima:

Menjauhi bid`ah dan tradisi yang buruk kerana perintah Nabi SAW “Jauhilah kamu dari perkara-perkara yang direka-reka kerana setiap perkara yang direka-reka itu adalah bid`ah dan setiap bid`ah adalah sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.

 Keenam:

Jadilah pemurah kepada fakir dan miskin serta seumpama mereka dari kalangan yang berhak selepas Ramadhan, jangan kedekut untuk berkongsi keberkatan yang diterima dari Allah kerana Rasulullah SAW memperingatkan: “tidak susut harta justeru sedekah”.

Ketujuh:

Berikanlah hak yang telah ditentukan oleh syariat kepada fakir miskin dari zakat dan sesekah agar Allah memberkati harta yang dimiliki. Firman Allah:

 يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ

(Allah susutkan (kebaikan harta  yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.)(Surah al-Baqarah: 276).


Kelapan:

Hubungi Silaturrahim dan dan berkaikan kepada kaum kerabat hak mereka sehingga Allah berkati melanjutkan usia dan meluaskan rezeki. Firman Allah:
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
 
(Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.)(Surah al-Baqarah: 177)
Kesembilan:

Berterusan menghadiri Majlis ilmu di masjid dan selainnya sebegaimana yang dilakukan di bulan Ramadhan kerana majlis ilmu ada kelebihannya yang tersendiri dan menuntuk ilmu itu adalah satu kefardhuan.

Sepuluh:

Mengekalkan taubat dan istighfar. Firman Allah:
وَمَا كَانَ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
 

(Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).(Surah al-Anfal: 33).

Malah Rasulullah SAW berkata: "إني لأستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة". “Sesungguhnya saya beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya dalam sehari lebih dari 70 kali” (HR Muslim).
 
Sumber: إخوان أون لاين

Friday, July 13, 2012

MENGENALI HADITH BERKAITAN BULAN REJAB




Bulan Rejab, Sya`ban dan Ramadhan mempunyai kedudukan yang tersendiri di kalangan umat Islam. Apalagi ada yang mengaitkan dengan hadith Rasulullah SAW. Antara yang paling populer adalah hadith:


 “Rejab Bulan Allah, Sya`ban bulan-ku dan Ramadhan bulan umat-ku”.
Pandangan ulama menegai hadith ini:
Al-Hafidh al-Iraqi dalam Syarh al-Tirmidhi berkata: Hadith yang sangat lemah dari hadith-hadith mursal riwayat Hasan. Hadith ini diriwayatkan dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Asfahani dan Mursalah Hasan, tidak terdapat di kalangan ulama Hadith dan tidak sah hadith-hadith berkaitan dengan kelebihan bulan Rejab satu hadith pun.
Dalam Tabyin al-Ujab fima Warada fi Rejab, Imam Ibn Hajar ada menyebut yang hadith ini diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Naqash dan sanadnya bertindih, tidak diketahui yang Alqamah ada mendengar hadith ini dari Abu Said. Al-Kasaii yang disebut dalam sanad tidak dikenal siapa orangnya, pertikaian pada sanadnya tertumpu kepada al-Naqash.
Al-Dhahabi dalam al-Mizan menyebut yang al-Naqash adalah lemah dan matruk al-Hadith. Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya menyebut yang beliau dituduh memalsukan hadith dan hadith-hadithnya riwayatnya adalah munkar.
Al-Hafidh Talhah bin Muhammad bin Jaafar berkata yang al-Naqash berbohong dalam meriwayatkan hadith.
Al-Barqani berkata: Setiap hadithnya adalah munkar dan al-Kisaii yang terdapat dalam sanad hadith ini tidak dikenali.
Imam al-Suyuti dalam al-Jami` al-Shagir berkata hadith ini adalah dha`if, diriwayatkan oleh Abu al-Fath bin al-Fawaris dalam al-Amali dari al-Hasan secara Mursal.
Al-Ajluni dalam Kasf al-Khafa` (1/433) berkata: Diriwayatklan oleh al-Daylami dan lain-lain dari Anas secara marfu` akan tetapi Ibn al-Jawzi menyebutnya sebagai mawdhu` (palsu) dari beberapa jalan riwayatnya, begitu juga al-Hafidh Ibn Hajar dalam Tabyin al-`Ujab..
Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (4/24) berkata: hadith ini diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnadnya, hadith ini dimasukkan oleh Ibn Al-Jawzi dalam al-Maudhu`at  iaitu dari khabarkan yang merupakan pendustaan kepada Nabi SAW, al-Kisaii tidak dikenali, manakala al-Nuqash dituduh berdusta. Ibn Iraq juga memuatkan hadith iini dalam al-Tanzih

Hadith ini telah didha`ifkan oleh Imam al-Suyuti dan juga Syeikh al-Albani.