Thursday, May 22, 2008

Hadis Rasulullah perjelaskan hukum yang umum
Dr. Fauzi Deraman.
Sumber hukum dalam Islam terbahagi kepada empat iaitu al-Quran, al-sunah, qias dan ijmak ulama. Dari segi etimologi, perkataan hadis berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antaranya adalah baharu, berita atau khabar, peristiwa atau kejadian yang berlaku, perutusan atau perkataan dan kisah atau cerita.Kebanyakan pengkaji ilmu hadis mendefinisikan hadis sebagai segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan takrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak sebelum atau sesudah menjadi rasul.
Bagi mengupas persoalan peranan hadis sebagai sumber kedua hukum-hakam Islam, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto BAIZURA HARON menemu ramah pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman.
Apakah fungsi hadis dalam menafsir hukum Allah?
DR. FAUZI: Sebenarnya sunah atau hadis mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-Quran. Malah, Allah memuji Rasulullah dalam firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri (Rasulullah) itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21)
Rasulullah juga mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sesuatu hukum di luar al-Quran.
Antara fungsi hadis adalah menjelaskan hukum yang datang secara umum. Al-Quran memerintahkan solat, puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. Kita tidak mendapat penjelasan tentang syarat-syarat, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat dan juga pelaksanaan ibadat haji. Penjelasan lengkap dapat dirujuk kepada hadis Nabi s.a.w..
Yang kedua, hadis membataskan hukum yang mutlak. Contohnya, hukuman ke atas pencuri sebagaimana firman Allah: Dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. (al-Maidah: 38)
Perkataan �tangan� adalah mutlak tetapi tidak dijelaskan bahagian mana yang perlu dipotong. Namun, hadis membataskan bahagian yang dipotong itu adalah di pergelangan tangan kanan.
Hadis juga berfungsi mengkhususkan yang umum. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Nisa� ayat 11. Daripada ayat ini difahami setiap anak akan mendapat bahagian seperti kadar yang disebutkan apabila bapanya meninggal dunia.
Bagaimanapun, hadis mengkhususkan di mana anak para nabi tidak mewarisi harta peninggalan bapa mereka sebagaimana sabda Rasulullah: Kami para nabi tidak diwarisi, semua harta peninggalan kami adalah sedekah. (Riwayat Bukhari)
Keempat, menjelaskan yang samar. Contohnya ayat 82 dalam surah al-An�am mengenai kezaliman.
Ayat ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat Nabi kerana mereka memahami zalim di sini adalah cuai dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab. Rasulullah kemudian menjelaskan yang maksud zalim dalam ayat ini adalah syirik.
Fungsi kelima adalah menguatkan apa yang terdapat dalam al-Quran seperti kefarduan solat dan puasa.
Keenam, merumuskan apa yang disebut oleh al-Quran secara berasingan dan ketujuh menetapkan hukum yang didiamkan oleh al-Quran. Ini termasuklah pengharaman mengahwini wanita bersama dengan ibu saudaranya sama ada sebelah bapa atau ibu. Begitu juga pengharaman memakai sutera dan emas bagi lelaki.
Allah menjamin al-Quran akan terus terpelihara daripada sebarang cubaan mengubahnya. Adakah terdapat jaminan yang sama dalam hadis?
Sebagaimana wahyu turun dalam bentuk al-Quran, ia juga diturunkan dalam bentuk hadis melalui Jibril. Bezanya wahyu al-Quran adalah lafaz yang bermukjizat manakala hadis adalah wahyu dengan makna. Ini berdasarkan keterangan al-Quran dan juga penjelasan hadis.
Allah juga menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya: Dan Allah menurunkan kepadamu al-Kitab dan al-hikmah. (al-Nisa�: 113)
Menurut Imam Syafie, �saya mendengar orang yang diperakui keilmuan mereka mengenai al-Quran menyebut hikmah itu adalah sunah Rasulullah s.a.w..� Diriwayatkan tafsiran al-hikmah sebagai al-sunah dipetik daripada Hasan al-Basri dan Qatadah sebagaimana disebut oleh ibn Abi Hati dan Ibn Jarir dalam Al-Durr al-Manthur dan al-khatib dalam al-Faqih.
Wahyu ini pula terbahagi kepada dua iaitu wahyu matluw iaitu al-Quran dan wahyu marwiy iaitu khabar yang datangnya daripada Rasulullah. Maka dengan itu, Syeikh Manna� al-Qattan dalam Mahabith fi Ulum al-Quran membahagikan wahyu kepada tawqifi (wahyu daripada Allah) dan wahyu tawfiqi (ijtihad Rasulullah).
Apakah kedudukan atau martabat hadis yang layak diambil sebagai hukum?
Hadis yang disebutkan itu mestilah memenuhi syarat untuk diterima. Antara syaratnya adalah mempunyai sanad yang bersambung, perawinya adil, kuat ingatan, tiada kecacatan, tidak syaz atau janggal dan siqah atau boleh dipercayai. Apabila ada kesemua ini maka bolehlah hadis itu dijadikan sebagai hukum sama ada ia hadis sahih atau hasan dan lebih-lebih lagi mutawatir.
Bagaimana pula dengan golongan yang suka mengamalkan hadis yang lemah atau daif?
Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Yang pertama mengatakan tidak boleh atau tidak terima mutlak pengamalan hadis daif. Ini termasuklah Imam Bukhari dan Syeikh Ahmad Syakir.
Pandangan kedua mengatakan boleh beramal termasuk dalam bab syariah tetapi dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif. Ini termasuklah pandangan Imam Ahmad yang menolak hadis yang terlalu lemah.
Pandangan ketiga mengatakan boleh diterima dalam bentuk fadilat. Itu pun dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif.
Terdapat segelintir masyarakat yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Apakah status golongan ini menurut Islam?
Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20). Demikian juga perintah Allah dalam ayat 49 dan 64 surah al-Nisa�.
Perbuatan menolak hadis ialah hikayat lama yang berulang-ulang. Ceritanya sama tetapi pelakonnya lain dengan pakej yang baru. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.
Umat Islam wajib beramal dengan hadis dan berhukum dengannya. Kedudukan hadis dalam Islam tidak pernah dipertikaikan kecuali oleh segelintir orang.
Namun, umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)
Penerimaan dan penolakan perintah Rasulullah juga menjadi kayu ukur antara iman dengan nifak sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 47 dan 48.
Mereka yang mempersendakan sunah adalah sama dengan mempersendakan Rasulullah kerana kedua-dua tidak terpisah.
Lagipun, sama ada sunah Nabawiyah itu wahyu daripada Allah atau ijtihad Rasulullah, ia tetap wajib diamalkan kerana sumbernya adalah wahyu.
Ini dijelaskan oleh al-Quran: Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)
Apakah penanda aras untuk kita mengamalkan sesuatu sunah kerana ada di antara sunah itu hanya boleh dilakukan oleh Rasulullah dan tidak boleh dicontohi oleh umat Islam. Contohnya poligami Nabi yang melebihi empat wanita.
Kalau tidak ada bukti atau nas menunjukkan yang sesuatu hukum itu khusus untuk Rasulullah, maka ia adalah untuk diamalkan oleh semua orang Islam.
Apa yang penting ia memenuhi syarat-syarat hadis atau sunah yang diterima. Bukan berdasarkan andaian sahaja.
Contoh sunah untuk Nabi Muhammad ialah dalam kes puasa sunat dua hari berturut-turut kerana baginda pernah melarang seorang sahabat iaitu Abdullah Ibn Umar Ibn Asr daripada berbuat demikian.

Monday, May 5, 2008

konsep kerja berpasukan

Pendahuluan:

Pelaksanaan boleh dilakukan melalui dua cara:

Individu.
- Terhenti pada kemahuan sendiri tanpa perangsang orang lain.
- Kurang efektif.
- Terbatas dalam lengkongan diri sendiri.
- Kurang daya tahan.

Berpasukan.

Tuntutan agama.
- Kebanyakan ibadat dalam Islam digalakkan berjemaaah.
- Tuntutan berpadu dan bersatu,
- Kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
- Perkongsian pengalaman.
- Bimbingan dan pemantauan yang berterusan.


Pemimpin dalam pasukan:

Penggerak bagi pasukan ( al-Maidah: 12)

- Memilih anggota yang sesaui untuk sesuatu tanggungjawab.
- Merangka tugas pasukan.
- Membimbing anggota sepasukan.
- Menyelaraskan kerja-kerja dalam pasukan.
- Pantau, nilai dan arah anggota sepasukan.

Peranan pelengkap:

- Ikut serta bersama pasukan dalam sesetengah kerja.
- Merangsang anggota dan cadangan dan idea baru dan diberi ganjaran.
- Menyediakan kemudahan bagi anggota kearah penambahbaikan.
- Mendidik anggota supaya lebih baik dan cemerlang dalam tugas,
- Menghargai anggota sepasukan atas khidmat yang baik.

Panduan interaksi antara ketua dan sanggota sepasukan:

- mengambilkira berbedaan antara individu.
- Saling hormat menghormati.
- Mengamkira aspek emosi dan perasaan.
- Perhubungan yang berterusan.
- Menjadi pendegar yang baik.
- Pemimpin sebagai contoh

Contoh-contoh dari Sirah Nabi (s.a.w.):
Peristiwa Khaibar: “Saya akan berikan panji-panji kepada lelaki yang dikasihi Allah dan RasulNya.
Ditugaskan Ali tidur di tempat tidurnya pada malam hijrah.
Janji sebagai perangsang ketika mereka berada dalam keadaan yang sangat lemah.
Kegagalan Khalid dalam misi perisikan, namun ditugaskan untuk kali berikutnya dan dia berjaya dan mendapat gelaran Pedang Allah.
Pengagihan rampasan perang selepas Perang Hunain.
Pujiannya terhadap Abdullah bin Umar.

Anggota dalam pasukan:

- Yakin dengan tuntutan kerja dan kepentingannya sebagai anggota pasukan dibawah kepimpinan pemimpin kumpulan.
- Senang dan lunak.
- Berlapang dada dan berbaik sangka dengan anggota lain.
- Kasih dan hormat kepada pimpinan pasukan dan menjaga adab berinteraksi dengan pimpinan:
i.Bersangka baik. ii. Hormat. iii. Tidak mendahuluinya. iv. Bertukar-tukar nasihat yang baik.
- Memantapkan perasaan kasih sayang antara sesama anggota.
- Berpandangan luas.
- Memberi tanpa mengharapkan balasan.
- Bersedia menerima pandangan orang lain dan bertolak ansur dengan pandangan sendiri.
- Komited dengan matlamat pasukan dan peraturannya.
- Bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.

Sifat yang menjadi pemusnah kepada kelancaran misi berpasukan:

i. Kikir ii. Ikut nafsu iii. Kagum dengan pandangan sendiri.

Panduan Nabawi berkaitan sifat-sifat yang perlu ada bagi kerja berpasukan.

Hadith
Panduan dari hadith
Agama adalah nasihat
Memberi perhatian kepada anggota pasukan
Tiga perkara yang tiada dengki pada hati seorang Muslim: Ikhlas beramal kerana Allah, menasihati pemimpin dan iltizam dengan jamaah Islam

Terima nasihat dan memberi perhatian kepada apa yang bermanafaat darinya
Apa yang saya larang jauhilah dan apa yang diperintah laksanakan mengikut kemampuan
Komitet dengan peraturan pasukan
Dari kebaikan Islam seseorang meninggalkan apa yang tidak diperlukan
Manjauhi sikap berlebih-lebih dalam setiap perkara
Tidak beriman seorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu apa yanag kamu kasih untuk diri kamu sendiri
Mengasihi dan mengharapkan kebaikan dari anggota sepasukan
Jangan kamu marah 3x
Sentiasa tenang, mengawal diri
Saya berpesan kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah, dengar dan taat..
Dengan dan patuh kepada pimpinan, hormat dan menghargai mereka tanpa mengira usia dan latar belakang sosial.
Berpegang dengan sunnah.
Jangan kami dengki mendengki..
Bersih hari dari sifat dengki. Menolong anggota yang tertindas
Sesiapa yang melepaskan seorang mu`min dari kesempitan dunia, Allah akan lepaskannya dari kesempitan akhirat …
Berusaha untuk melepaskan kesempitan anggota dalam pasukan dan menutup aib anggota semasa bersama atau semasa ketiadaannya. Berpegang dengan prinsip memudahkan mengikut termampu.
Empat sifat jika ada pada seseorang ia dikira sebagai munafiq
Menjauhi sifat-sifat pemusnah: Bohong, mungkir janji, melampau apabila berselisih dan tidak menunaikan perjanjian