Monday, August 22, 2011

MUHASABAH DI AKHIR RAMADHAN


Kita sudah berada di 10 terakhir Ramadhan. Beberapa hari lagi bulan yang merupakan festival ibadat ini akan meninggalkan kita. Ada baiknya di hari-hari terakhir ini kita menoleh ke belakang untuk menilai prestasi amalan kita secara keseluruhan. Ia adalah dengan menyemak amalan harian kita kerana ia secara tidak langsung menunjukkan prestasi kita.

1. Memelihata solat lima waktu di masjid dan berusaha untu bertakbir bersama-sama imam. Perlu diingat, satu fardhu yang dilakukan dalam Ramadhan seperti melakukan 70 fardhu.
2. Memperbanyakkan solat nawafil. Mencoba untuk melakukan sebanyak 12 rekaat dalam masa sehari semalam. Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang bersolat dalam sehari semalam sebayak 12 rekaat sunat, Allah akan bina untuknya sebuah mahligai di syorga (HR Muslim).
3. Melazimkan wirid al-Quran. Al-Quran adalah cahaya dan penawar. Sebaik-baiknya dapat khatam dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
4. Memelihara solat terawih di masjid dan sekali sekala di rumah bersama keluarga.
5. Memelihara sahur walaupun dengan seteguk air kerana sesunnguhnya Allah dan malaikat berdoa untuk mereka yang bersahur.
6. Bersungguhnya untuk melakukan solat malam. Disebut dalam hadith Nabi SAW: “Sebarjanlah salam, berilah orang lain makan, hubungilah silaturrahim, solatlah pada waktu malam dalam keadaan manusia tidur masuklah ke syorga dengan penuh sejahtera. Dan ingatlah Allah SWT turun ke langit dunia untuk menerima permohonan, istighfar dan taubat dari hambaNya.
7. Mengambil peluang sebelum azan subuh untuk berdoa dan beristighfar kepada Allah.
8. Menjaga tempoh ibadat awal pagi yang bermula dari selepas solat fardhu Subuh sehingga terbitnya matahari berserta solat dua rekaat. Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang bersolat subuh berjemaah kemudian ia terus duduk mengigati Allah sehingga terbit matahari kemudian ia bersolat dua rekaat, baginya pagala haji dan umrah, dengan sempurna, dengan sempurna,, dengan sempurna. (HR Tirmidhi dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani).
9. Menjaga zikir pagi dan pentang kena ia laksana perisai.
10. Membiasakan solat dhuha berdasarkan pesanan Nabi kepada Abu Zar katanya: Telah berpesan kepada saya kekasih saya SAW supaya berpuasa tiga hari dalam sebulan, dua rekaat dhuha dan berwitir sebelum tidur (muttafaq alaih).
11. Memperbanyakkan zikir terutamanya istighfar, tahlil ( لا اله الا الله) juga selawat keatas Nabi SAW.
12. Cuba untuk mengambil sedikit masa sebelum Maghrib untuk membaca al-Quran, berzikir, berdoa kepada Allah. Sabda Nabi SAW: Tiga kalangan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehingga berbuka, Imam yang adil dan orang yang teraniaya…(HR Ahmad,Tirmidhi dan al-Nasaii ).
13. Bersungguh untuk mengisi 10 terahir Ramadhan.
14. Bersungguh untuk mendapatkan malam berkat yang lebih baik dari 1000 bulan.
15. Tunaikan zakat sebelum luput masanya.
16. Bersedekah walaupun sedikit kerana seafdhal-afdal sedekah itu sedekah dalam bulan Ramadhan.
17. Menghubungi silaturrrahim dan sebtiasa berbuat yang ma`ruf.
18. Mendampingi para ulama dan salihin .
19. Bantu mereka yang teraniaya, kembalikan hak kepada yang berhak dan tunaikan amanah.
20. Mengelakkan diri dari menyakiti Muslim dan jadikan diri orang yang berlapang dada.
21. Berusaha untuk menjadi penasihat untuk sesama Islam dan pendakwah ke jalan Allah.

Semoga Allah memberi kekuatan kita kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.



Tuesday, June 28, 2011

ulasan Syeikh Daud al-Fatani menganai umara` yang tidak adil

Keadilan adalah satu yang terpenting dalam sesebuah pemerintahan. Lawan bagi kaeadilan ialah kezaliman. Imam atau pemerintah yang adil mendapat tempat yang tertinggi dalam Islam, Nabi SAW menyebaraikan mereka di tempat yang pertama di kalnagan tujuh kalangan yang berhak mendapat bayangan Allah di Akhirat. Begitu juga padah pemerintah yang tidak adil sangat berat.

Keadilan dan kezaliman para penguasa telah diberi ulasan oleh ulama Nusantara yang terkenal, iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam bukunya Muniyyah al-Musalli. Walaupun buku tersebut pada keseluruhannya menjelaskan menegenai kaifiyat pelaksanaan ibadat solat, namun dibahagian akhirnya disertakan satu perbincangan mengenai pemerintahan.

Turut dimautkan beberapa cerita mengenai kezaliman atau hasart untuk melakukan kezaliman kalangan yang berkuasa yang telah menyebabkan keberkatan ditarik oleh Allah SWT. Antara cerita yang dimuatkan: Seorang yang berkuasa yang ingin merampas seekor lembu yang telah mengeluarkan banyak susu, telah menyebabkan lembu tersebut tidak lagi mengeluarkan susunya kecuali setelah penguasa itu membatalkan hasrat untuk merampasnya dan bertaubat atas kesalahannya.

Begitu juga tebu yang telah mengeluarkan air yang banyak, tidak lagi mengeluarkan air tebu seperti kebiasannya setelah penguasa berhasrat mahu merampasnya. Ia pulis seperti biasa setelah penguasa itu bertaubat dan menyesal atas hasratnya untuk merampas pokok tebu tersebut.

Diceritakan juga, ikan yang banyak terdapat di sebuah telah di Iskandariah, Mesir , apabila pemerintah setempat melarang dari menangkap ikan disitu telah menyebabkan tiada seekorpun ikan berada di telok tersebut.

Contok penganiayaan yang sangat kecil tetapi kesannya sangat besar. Bagaimana pula jika penganiayaan itu dalam saiz yang lebih besar!!

Wednesday, January 26, 2011

Mufti Haji Ismail Pontianak

Negeri Kelantan telah melahirkan ramai ulama, antara mereka ada yang telah menyumbang bakti diluar Kelantan, anataranya ialah Haji Ismail bin Haji Abdul Majid dan lebih dikenali dengan panggilan Haji Ismail Pontianak.

Beliau sezaman dengannya ialah Hj Idris,Dato’ Perdana Hj.Nik Mahmud, Tok Seridik dan Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani. Haji Ismail Pontianak adalah seorang ulama Kelantan yang telah berusaha menyebarkan Islam ke Pontianak dan pernah dilantik menjadi mufti kerajaan Sambas dan telah membuat beberapa perubahan pentadbiran agama di sana.

Biografi Haji Ismail Pontianak ( 1882-1950)

Tokoh ulama' perantau iaitu Khatib Masjid Muhammadi dekad 1940-an yang paling termashur, lahir sezaman dengan Mufti Hj. Idris, Dato' Perdana Haji Nik Mahmud, Tok Seridik dan Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani. Nama penuhnya ialah Haji Ismail b. Hj. Abdul Majid, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Haji Ismail Pontianak kerana begitu lama beliau berkelana dan bermastautin di Pontianak (Kalimantan Barat), bahkan pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pontianak dan berkhidmat selama suku abad (1910 - 1935). [1] Nama lengkapnya ialah Ismail bin Abdul Majid bin Abdul Kadir bin Nordin bin Abdullah Faqih. Beliau lahir di Kg Labok dalam jajahan Machang, Kelantan kira-kira pada awal tahun 1300H / akhir 1822M. [2]

2.1 Asal-usul keluarganya
Abdullah Faqih atau Tok Faqih berasal dari Minangkabau. Ekoran satu peristiwa, beliau membawa diri ke Patani. Seorang puteranya Haji Nordin bermusafir ke Negeri Kelantan lalu menetap di Kampung Lundang Paku dalam jajahan Kota Bharu. [3]Anak Haji Nordin iaitu Haji Abdul Kadir berkahwin dengan puteri Dato’ Labok (Haji Zainal Abidin atau Haji Wanik) yang bernama Hajah Halimah. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua orang perempuan.

Ketujuh- tujuh beradik tersebut termasuk Haji Abdul Majid, Haji Ali dan Haji Idris berpindah ke Labok yang telah diterokai oleh datuk mereka ( Dato’ Labok). Haji Abdul Majid adalah sepupu kepada Tok Wali Haji Ismail Lundang Paku di mana beliau berkahwin dengan Che Minah binti Penghulu Muhammad Amin. Che Minah adalah anak kepada Hjh Selamat yang merupakan salah seorang dari anak Haji Jalauddin putra dari Sutan Amir Kaharuruddin yang berasal dari Minangkabau.
Hasil perkahwinann antara Che Minah dengan Haji Abdul Majid, mereka telah dikurniakan tujuh orang anak iaitu Muhammad Nuh terkenal dengan panggilan Haji Nuh Kaya, Haji Ismail, Hajjah Aishah, Haji Muhammad Saleh, Haji Sulaiman, Haji Yaakub dan Hajjah Che Mas. [4]

Pendidikan
Pengaruh pengajian Islam di Kelantan pada masa itu amat besar peranannya dalam pengajian Islam. Orang-orang yang berkemampuan telah merasai bahawa anak-anak mereka akan dihantar ke Mekah mendalami pelajaran ilmu agama termasuklah Haji Abdul Majid. Beliau ingin anaknya itu mencapai taraf seseorang ulama.
Dengan itu Haji Ismail dan Haji Noh telah dihantar belajar di Mekah setelah mendapat pelajaran asas di Kelantan. Beliau dalam usianya yang masih muda telah dihantar ke Mekah. Di sana beliau belajar dengan beberapa orang guru yang terkenal pada zaman tersebut. [5] Di Mekah sebagai pusat pengajian Islam dimana beliau telah banyak menghabiskan masa dalam usaha mendalami ilmu pengetahuan agama Islam. Selain itu beliau telah berjaya mencapai ilmu pengetahuan Usuluddin, syariat Islamiyyah, serta juga ilmu falak yang melayakkan menjadi ulama besar. [6]
Ismail dan abangnya Muhammad Nuh (yang kemudian dikenali sebagai Haji Nuh Kaya) setelah memperoleh pendidikan asas di Kelantan, dihantar belajar ke Mekah. Di Mekah, Ismail sempat mengikuti majlis pengajian Syeikh Ahmad al-Fathani, sama ada di rumah mahu pun di Masjid al-Haram. Ada orang meriwayatkan bahawa Ismail Kelantan pulang ke Kelantan sesudah haji pada tahun 1325 hijrah/1908 masihi, iaitu tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325 hijrah/18 Januari 1908 masihi)
Riwayat lain menyebut bahawa setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia, Ismail Kelantan meneruskan pengajiannya kepada beberapa orang ulama besar Mekah, antaranya Saiyid Abdullah az-Zawawi (lahir 1266 hijrah/1850 masihi, wafat 1343 hijrah bersamaan 1924 masihi), Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi dan ramai lagi. Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi berasal dari Termas (Jawa) adalah seorang ulama besar Mazhab Syafie dan ahli dalam ilmu hadis. Beliau mempunyai beberapa karangan yang besar, antaranya Muhibah Zawin Nazhar yang tebalnya empat jilid.
Hubungan mesra antara Ismail Kelantan dengan Syed Abdullah al-Zawawi sejak beliau belajar di Mekah lagi, yang ketika itu Syed Abdullah al-Zawawi adalah seorang Mufti Mazhab Syafie di Mekah. Ketika pergolakan Wahabi di Mekah, beberapa orang ulama tidak aman tinggal di Mekah, termasuklah Saiyid Abdullah al-Zawawi. Haji Ismail Kelantan mengikut gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi itu berhijrah dari Mekah ke Riau dan selanjutnya ke Pontianak. Sewaktu Syed Abdullah al-Zawawi menjadi Mufti Pontianak, Ismail Kelantan terus bersama gurunya itu, belajar pelbagai bidang ilmu tiada henti-hentinya walau pun ilmu yang dikuasainya cukup banyak dan memadai. Riwayat lain menyebut bahawa Ismail Kelantan pulang ke Kelantan lebih awal (1325 hijrah bersamaan 1908 masihi),dan dan selanjutnya pergi ke Cam/Kemboja. [7]
Ilmu Falak
Ismail Kelantan tidak sempat menamatkan ilmu falak yang dipelajarinya daripada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh itu setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia, beliau meneruskan pendidikan khusus tentang ilmu falak itu daripada Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathani. Ketika mempelajari ilmu falak daripada Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, beliau bersama Syeikh Haji Abu Bakar bin Haji Hassan Muar.

Mengenai ketokohan Ismail Kelantan dalam ilmu falak dapat dibuktikan dalam karyanya Pedoman Kesempurnaan Manusia. Menurut cerita Ustaz Abdur Rani Mahmud (ketika masih hidup sebagai Ketua Majlis Ulama Kalimantan Barat), bahawasanya Ismail Kelantan adalah orang pertama yang menyebarkan ilmu falak di Pontianak secara khususnya dan Kalimantan Barat secara umumnya.[8]

Keperibadianya
Haji Ismail seorang yang suka kepada pembaharuan-pembaharuan di mana beliau memberi kebebasan berfikir tentang mazhab-mazhab kepada muridnya walaupun ketika itu mazhab Syafei menjadi mazhab ramai. Beliaulah orang yang pertama mengubah khutbah jumaat dari bahasa arab kepada bahasa melayu yang sebelum itu masih dalam bahasa arab. Sikap ini mendapat cabaran hebat daripada ulama-ulama di Pontianak. Dalam pada itu beliau di jemput ke Istana untuk memberi keterangan kepada baginda seterusnya diuji dengan bermacam-macam soalan sehingga akhirnya pihak istana menyakini kebolehan dalam ilmu pengetahuan agama Islam yang ada pada Haji Ismail tersebut.

Semenjak itu beliau dihormati dan dilantik menjadi mufti di Pontianak, beliaulah mufti Pontianak yang pertama mengikut kata Hajjah Jamaliah. Ketika di Pontianak ramai ulama-ulama yang bernama Ismail seperti Haji Ismail Haji Abdul Latif dikenali dengan nama Haji Ismail kadhi. Haji Ismail Pontianak, Haji Ismail mufti kubu dan Haji Ismail Bugis. Usaha beliau untuk mengembangkan Islam di lakukan dengan mengajar dan mengadakan beberapa polisi terutamanya mengajar tafsir kemudian memberi penjelasan dengan bahasa melayu yang mudah difahami.

Oleh itu majlis-majlis pengajarannya selalu dibanjiri oleh masyarakat setempat. Salah satu diantara muridnya ialah Abdul Fani bin Mahmud. Di samping itu beliau juga dapat menyebarkan karyanya di Kalimantan yang bernama “ Pedoman Kesempurnaan Manusia”. Beliaulah satu-satunya ulama dan orang melayu yang pertama mempunyai hotel di Pontianak yang terletak di sungai Kapuas. [9]
Warak
Haji Ismail Pontianak seorang ulama yang warak, khatib yang sangat petah lidah dalam khutbahnya. Beliau seorang khatib yang tiada tandingan pada zamannya dimana beliau berkhutbah tanpa membaca surat semasa berlaku pergaduhan diantara China dan Melayu yang di pelopori oleh bintang tiga. Ianya telah membaca khutbahnya dengan begitu semangat sehingga ahli jumaat bertepuk tangan tanpa menyedari bahawa mereka pada masa itu berada dalam masjid. Kelebihannya dapat mempengaruhi dan menaikkan semangat juang para pendengar.

Selain itu beliau juga seorang yang peramah dengan anak-anak muda dan melayani mereka seperti kawan-kawan sebaya denganya. Semasa bercakap selalu di selangi dengan komentar dan cerita-cerita yang menghiburkan hati mereka. Di samping itu membaca doa sesuai dengan majlis tersebut. Bacaan doanya dengan penuh perasaan dan dapat mengharukan para pendengar- pendengar dalam majlis tersebut.

Pemurah
Sifatnya yang tidak suka marah menyebabkan beliau disukai ramai orang. Sifatnya yang sangat pemurah itu menyebabkan beliau tidak meninggalkan harta pusaka. Haji Ismail pernah membeli tanah tetapi diberi nama kepada pewarisnya. Manakala orang yang datang ke rumahnya tidak hampa kerana beliau akan memberi wang kepada mereka yang meminta. Selain itu air tawar dan ilmu pengetahuan juga diberikan kepada sesipa yang meminta tolong. Hajah Jamaliah adalah isteri kepada Haji Ismail di mana beliau menjelaskan bahawa suaminya tidur pada jam 9.00 malam hingga ke pukul 1.00 pagi sahaja. Kemudian beliau bangun membuat ibadat seperti membaca al-Qur’an dan mengarang. Walau bagaimanapun beliau sempat menyiapkan terjemahan al-Qur’an 30 juzu’ iaitu tidak sampai setahun.

Terjemahan ini lengkap dengan 30 juzu’ dan telah di hasilkan oleh majlis ulama Kelantan. Haji Ismail telah di tugaskan untuk berunding dengan pustaka Wafad di Qaherah supaya terjemahan itu dapat di terbitkan dengan tulisan yang cantik di terbitkan di Mesir. Dalam usaha untuk melaksanakan hasratnya itu beliau meninggal dunia sebelum sempat di cetak dan terjemahan itu ada dalam simpanan salah seorang keluarganya. Hal ini di jelaskan oleh Yusof Zaky. [10]

Semangat Tinggi
Tuan guru Haji Ismail yang tinggi cita-citanya dan semangat perjuangan ke arah menyebarkan Islam itu telah mengalami beberapa peristiwa senang dan susah. Dengan itu beliau pernah berkata, “ adat hidup di dunia seseorang itu tidak terlepas dari kesusahan. Kita mesti menghadapinya dengan jujur dan ikhlas serta sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai senjata hidup, beliau sentiasa berpesan supaya membanyakkan selawat kepada Nabi, banyak membaca Yasin dan beristighfar. Semua ibadat perlu dengan hati yang ikhlas kepada Allah dan sebelum tidur hendaklah terlebih dahulu membaca ayat Kursi sebanyak sebelas kali dan bismillah 41 kali supaya tidak di ganggu oleh syaitan dan iblis.

Perjuangan beliau dari Kelantan ke Pontianak dan menjadi mufti serta memolopori terjemahan khutbah dan mengajar tafsir al-Qur’an dengan terjemahan itu telah memberi peluang yang besar ke arah memperjuangkan tersebarnya ajaran Islam di sana. Oleh itu, wajarlah beliau di hormati oleh masyarakat manusia dalam hidupnya. Sudah tentu perjuangan dan kebaikan dalam menegakkan ajaran-ajaran Islam itu merupakan suatu perjuangan yang besar yang sama tarafnya dengan perjuangan di medan jihad. Allah akan menempatkan dan di beri pembalasan yang paling sempurna dari Allah. Allah akan memberi ganjaran yang paling baik orang seperti ini. [11]
Haji Ismail ke Pontianak Sebagai Mufti

Selain bersama gurunya Syed Abdullah al-Zawawi di Pontianak, Ismail Kelantan pernah menziarahi Syeikh Muhammad Yasin, seorang ulama yang berasal dari Kedah, yang tinggal di Kuala Secapah, Mempawah. Pada tahun kedatangan Ismail Kelantan ke Kuala Secapah, Mempawah itulah Syeikh Muhammad Yasin Kedah meninggal dunia. Ismail Kelantan juga menziarahi Wan Nik, seorang ulama sufi yang berasal dari Patani. Beliau tinggal dalam bandar Mempawah. Dalam waktu yang relatif singkat, kealiman Ismail Kelantan tersebar di sekitar Mempawah dan Pontianak. Oleh sebab itu Adam, seorang hartawan Bugis di Sungai Itik, Pontianak, iaitu seorang yang sangat haus dengan ilmu pengetahuan, menjemput Ismail Kelantan mengajar di rumahnya.


Bukan itu saja, atas kehendak Adam dan Mu'minah binti Haji Muhammad Thahir, mereka menjodohkan anak perempuannya dengan Ismail Kelantan. Perkahwinan dengan anak Adam itu merupakan perkahwinan Ismail Kelantan yang pertama di Pontianak. Detik-detik terakhir akan kepulangannya ke Kelantan, Ismail berkahwin lagi dengan Jamaliah yang berasal dari Tasik Malaya, Jawa Barat. Perkahwinan kedua ini adalah atas kehendak dan perintah Sultan Muhammad, Sultan Pontianak.Daripada sepucuk surat Ismail Kelantan kepada Syarif Muhammad bin Syarif Yusuf, Sultan Pontianak, tarikh Pontianak: 28 Februari 1924, dapatlah diketahui bahawa mula-mula beliau dilantik sebagai Naib Hakim di Rad Agama Pontianak mulai tarikh 12 Ogos 1920 masihi. Pada tarikh penulisan surat 28 Februari 1924, kedudukan Ismail Kelantan adalah sebagai Mufti di Kerajaan Pontianak.Sewaktu Ismail Kelantan menjadi Mufti Pontianak, ada tiga orang ulama yang bernama Ismail.

Dua orang lagi ialah Ismail bin Abdul Lathif (lebih dikenali dengan Ismail Jabal) dan Ismail bin Abdul Karim (lebih dikenali sebagai Ismail Mundu). Ismail bin Abdul Lathif adalah Penasihat Rad Agama Kerajaan Pontianak. Ismail bin Abdul Karim (wafat pada hari Khamis, 15 Jamadilakhir 1376 hijrah/16 Januari 1957 masihi) pula adalah Mufti Kerajaan Kubu, sebuah kerajaan kecil di bawah naungan Kerajaan Pontianak. Ketiga-tiga ulama tersebut sangat terkenal di dalam Kerajaan Pontianak.

6. Pulang ke Kelantan

Haji Ismail pulang ke Kelantan sekitar tahun 1937. Di Kota Bharu beliau menjadi guru di Jami' Merbau yang berstatus sebagai pendidikan tinggi Islam ketika itu. Murid-murid yang diterima di Jami' Merbau adalah orang-orang yang telah mendapat pendidikan yang cukup memadai, yang datang dari seluruh Semenanjung dan Patani.Semangat Selain mengajar di Jami' Merbau, Ismail Kelantan juga menjadi guru dan imam di Istana Sultan Kelantan. Ismail Kelantan adalah hafiz al-Qur’an tiga puluh juzu’, fasih ketika berpidato dan berkhutbah di atas mimbar. Kelebihannya pula dapat mempengaruhi dan membakar semangat pendengar. Dalam satu peristiwa pergaduhan yang didalangi Bintang Tiga yang terjadi di Kota Bharu, Ismail Kelantan telah berpidato sehingga menaikkan semangat juang orang Melayu.

7. Penulisan

Fatwa Daripada al-Sayyid Abdullah Ibnu Almarhum al-Sayyid Muhammad Shalih al-Zawawi Jawab Soal Dari Tanah Jawa, diselesaikan pada 25 Syawal 1330 hijrah. Kandungannya mengenai ayat-ayat al-Qur’an dalam piring hitam. Diberi gantungan makna dalam bahasa Melayu daripada karya asalnya yang ditulis dalam bahasa Arab, Rejab tahun 1326 hijrah. Dicetak dengan kehendak al-Sayyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-Qadri Pontianak. Dicetak di Matba, Haji Muhammad Sa'id bin al-Marhum Haji Arsyad, No. 82 Arab Street Singapura pada 25 Syawal 1330 hijrah oleh Muhammad bin Haji Muhammad Sa'id, Basrah Street, No. 49 Singapura.

Risalah pada bicara Jumaat dan Sembahyang Zhuhur tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Tarikh salinan 3 Rabiulawal 1345 hijrah. Manuskrip disalin oleh Khathib Peniti Kecil, diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 hijrah/22 Disember 2001 masihi. Kandungan perbahasan khilafiah mengenai sembahyang Jumaat dan sembahyang Zuhur atau mu'adah.3. Pedoman Kemuliaan Manusia, kandungannya membicarakan rampaian berbagai-bagai ilmu, termasuk falakiyah. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Ma'arif, Kota Bharu, Kelantan. Taqriz/pujian: Tuan Guru Ahmad Mahir bin Haji Ismail Kemuning, Kadi Besar Negeri Kelantan (ditulis pada 22 Januari 1938), Tuan Guru Nik Muhammad Adib bin Syeikh Muhammad Daud, Jawatan Tinggi Kadi Pelawat atau Pemeriksa Kadi-kadi Dalam Kelantan (ditulis 22.11.37), Tuan Guru Abdullah Tahir bin Ahmad, Guru Besar Ugama Dalam Kelantan dan Anggota Ulama Dalam Majlis Ugama Islam Kelantan (ditulis 14 Zulkaedah 1356 hijrah).
8. keturunan dan murid
Ismail telah dikurniakan beberapa orang anak dari perkahwinannya dengan Mukminah bt Haji Tahir (Kubang Itik, Pontianak), antaranya Khadijah, Rugayah dan Siti Hajar. Yang lain dikatakan meninggal semasa masih kecil.

Sewaktu Ismail Kelantan pulang ke Kota Bharu, Kelantan, tiga orang anaknya dengan isteri pertama tersebut telah berumah tangga, ketiga-tiganya tidak ikut pulang ke Kelantan. Keluarga bagi Khadijah anak perempuan Hj Ismail sekarang tinggal di Jalan Tebu, Geng Permata Sari Pontianak. Manakala kelurga Siti Hajar yang tinggal di Parit Sungai Keluang, Peniti, Kecamatan Siantan, Kabupaten Pontianak. Suaminya bernama Arif. Seorang lagi anak Ismail Kelantan yang perempuan tinggal di Pontianak ialah Rugayah. Dipercayai ketiga-tiga anak Ismail Kelantan melahirkan satu keturunan yang ramai di Pontianak.

Antara sekian ramai murid Ismail Kelantan di Pontianak ialah Ustaz Abdur Rani Mahmud. Seorang guru dan jawatan terakhir beliau ialah Ketua Majlis Ulama Kalimantan Barat. Menurut Abdur Rani Mahmud, Ismail Kelantan adalah orang pertama menyebarkan ilmu falak secara meluas di Pontianak. Katanya, ``Kemungkinan Haji Ismail Kelantan hafal Quran tiga puluh juzu’ kerana di mana saja beliau duduk, mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat al-Qur’an. Tangannya senantiasa memegang tasbih. Kalau mengajar mata pelajaran apa pun yang diajarkannya semuanya secara hafal walau pun kitab ada di depannya.'' [12]

8.1 Guru-guru

Antara guru-guru pilihan Haji Ismail ialah termasuklah Syeikh Syed Abdullah bin Muhammad Saleh al-Zawawi, Syeikh Syed Abi Bakr bin Muhammad Shata, Syeikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil, Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah, di mana beliau ini berasal daripada Termas iaitu Jawa Timur. Selain itu gurunya lagi seperti Syeikh Othman bin Abdul Wahab berasal dari (Sarawak, Malaysia Timur), Syeikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman al-Fatani, Syeikh Ahman bin Muhammad Zain al-Fatani, Syeikh Muhammad bin Bakhit ( Qadhi Iskandariah), Syeikh Said al-Muji ( ulama Azhar), dan Syeikh Nor bin Muhammad Saghir al-Fatani iaitu guru ilmu falak 1322 hijrah bersamaan 1904 masihi. semua guru-gurunya merupakan daripada ulama-ulama yang terkenal dan termashur pada masa itu. Dengan itu, Haji Ismail serba sedikit dan ternyata boleh mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru-guru beliau pada masa itu. Walau bagaimanapun Haji Ismail selepas enam tahun menuntut ilmu di Mekah, beliau sudah dapat mengajar orang lain. [13]


8.2 Sahabat-Sahabatnya

Sahabat-sahabat yang belajar sekali dengan beliau pada masa itu termasuklah Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail Qadhi dikenali sebagai Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, Haji Harun bin Awang ( Labok). Haji Othman bin Haji Abdul Samad ( Pasir Pekan), Haji Abdullah Seri bin Abdul Latif ( Kota Bharu) dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain. [14]

9. Kerjayanya
Meskipun demikian, Hj. Ismail akhirnya kembali menetap di Kelantan. Kerjaya awal beliau ialah dalam perkhidmatan di MAIK bermula pada 1 Januari 1940 apabila beliau dilantik menjadi guru kitab di Jami' Merbau al-Ismail dengan gaji permulaan RM 47.50 sebulan. Selanjutnya, beliau dipilih menganggotai Jemaah Ulama' MAIK (10 April 1940 - 8 Februari 1947). Selain daripada itu, dilantik sebagai Penterjemah Arab (semenjak 1 Julai 1941).

Zaman gemilang perkhidmatannya bermula pada 1 Mei 1943 apabila beliau dilantik menjadi Khatib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Berbeza dengan tok-tok Khatib sebelumnya yang masih terikat dengan nota atau teks arab sepenuhnya, Haji Ismail memperkenalkan khutbah tanpa teks di tangan. Kepetahan beliau menyampaikan khutbahnya secara spontan, dalam bahasa ibunda pula, terbukti sangat berkesan. Walaupun khutbahnya agak panjang, tetapi ahli jemaah tidak bosan. Ini kerana beliau bijak menyusun kata, pandai menyelit ungkapan bahasa 'segar' bersesuaian dengan suasana yang mampu membuat sedang hadirin tidak jemu atau mengantuk. Beliau bukan sahaja popular di kalangan ahli jemaah dan anak-anak muridnya, malahan sangat disenangi oleh Sultan Ibrahim sehinggakan dilantik menjadi guru agama merangkap imam di Istana baginda. [15]

10. Kewafatannya.
Perjuangan Haji Ismail dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberi sumbangan dan peranan yang besar kepada masyarakat. Beliau telah dihormati oleh para ulama dan juga masyarakat sehingga ke hari ini. Setahun menjelang kematiannya beliau melawat ke Singapura dan jatuh sakit selepas makan. Lama-kelamaan penyakitnya bertambah melarat. [16] Setelah berubat di merata-rata tempat, salah seorang pembesar negeri iaitu Tengku Muhammad Hamzah memberitau agar beliau pergi berubat ke Narathiwat, Thailand. Namun begitu beliau ditakdirkan meninggal dunia di rumahnya, Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Pada tahun 1950, ketika usia beliau 74 tahun di dapati beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10 malam pada hari isnin 18 Muharram 1370 bersamaan 29 Oktober 1950 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Labok Machang bersebelahan dengan pusara adik beradiknya yang lain.[17]
Kesimpulannya
Haji Ismail merupakan salah seorang tokoh ulama Kelantan yang di kagumi oleh segenap masyarakat dalam perjuangannya terutama dalam ajaran Islam khususnya. Selain itu beliau seorang yang peramah dan tidak suka marah menyebabkan beliau di sayangi oleh semua golongan masyarakat. Perjuangan Haji Ismail dari Kelantan ke Pontianak dan menjadi mufti serta mempelopori terjemahan khutbah, mengajar tafsir al-Qur’an dengan terjemahan itu telah memberi peluang yang besar ke arah mempercepatkan ajaran Islam. Oleh itu wajarlah kita menghormati pengorbanan beliau dalam menegakkan ajaran-ajaran Islam. Justeru itu, ajaran Islam merupakan satu perjuangan yang besar yang sama tarafnya dengan perjuangan di medan jihad.

[1] http: // abzahidi 2001. tripod.com, 6 Mei 2007.
[2] Ismail Che Daud (2001), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu Satu. Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Kota Bharu. Edisi ke-3.
[3] Ibid,. hlm. 664.
[4] Ibid,. hlm. 665.
[5] Wan Muhammad Saghir Abdullah (1978), Majalah Pengasuh. April 1978. Bil 432. Hlm 56.
[6] Ibid., hlm 56.
[7] http:// my.opera. com / kawan / blogl, 6 Mei 2007.
[8] Ibid.
[9] Wan Muhammad Saghir Abdullah (1978).op.cit., hlm.57.
[10] Ibid., hlm. 57.
[11] Ibid., hlm.58.
[12] http: // smukhtar. blog spop.com. Ismail al-Kalantani. 6 Mei 2007.
[13] Ismail Che Daud (2001).op.cit.hlm.665.
[14] Ibid., hlm.666.
[15] http:// abzahidi 2001. tripod.com. tokoh.htm. 6 Mei 2007.
[16] Ismail Che Daud (2001). op.cit. hlm. 670
[17] Ibid., hlm.671.

Implikasi disebalik nama

1. Mengapakah Islam menganjurkan pemilihan nama yang elok kepada bayi yang baru dilahirkan? Kalau boleh dijelaskan dengan memberi nas atau hadis yang berkaitan hal ini.
Kita sering mendengar ungkapan: “Apa ada pada nama”?! Nama adalah lambang identiti seseorang, dengan nama itulah ia dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai bila-bila sehingga ke Hari Akhirat. Dalam bahasa al-Quran, nama adalah terjemahan bagi perkataan al-Ism yang berasal dari akar kata al-wasm yang bermaksud tanda, dengan maksud dengan nama akan dapat diketahui dan dikenali seseorang dan menjadi tanda baginya;
Ada pendapat yang mengatakan ia berasal dari perkataan al-sumuw yang bermaksud tinggi, sekaligus memberi maksud yang nama adalah gambaran ketinggian dan keluhuran tuan yang ampunya nama.
Nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang. Lazimnya anak-anak apabila bersama-sama rakan sebaya akan membandingkan namanya dengan nama rakan-rakannya dan sering bertanya apakah maksud di sebaliknya nama masing-masing. Akhirnya kedua-dua ibubapalah yang menjadi rujukan.
Memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan adalah salah satu daripada kewajipan seorang yang terhadap anaknya, sekaligus menjadi hak anak yang mesti dipenuhi oleh sang ayah. Dalam satu athar, seorang anak telah menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak keatas bapanya, beliau telah menjelaskan: Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Qur`an.
Abu Darda` ada meriwayatkan yang Rasulullah SAW ada bersabda: Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkalah nama-namamu. (HR Abu Daud).

Dalam hadith Samurrah, Rasulullah SAW telah mengabungkan tiga perkara itu aqiqah, memberi nama dan mencukur kepada yang sebaik-baiknya dilakukan pada hari yang ketujuh kelahiran. Dalam hadirth riwayat al-Bukhari dari Sahal bin Saad al-Sa`idi dijelaskan Ibu Abi Usayd telah membawa anaknya selepas kelahirannya kepada Nabi SAW dimana Rasulullah SAW bertanya mengenai namanya, lalu diberitahu namanya, Nabi berabda: Tidak! Bahkan namanya adalah Munzir.
Rasulullah SAW sendiri bila dikurniakan anak dari Juwairiyyah al-Qibtiyyah telah berkata: Saya telah dikurniakan seorang anak lelaki semalam lalu saya namakan dengan nama bapa saya, Ibrahim. (HR Muslim).
Hadith ini menjelaskan keluasan tempoh untuk memberi nama, samada pada hari kelahirannya, hari ketiga atau hari aqiqah. Malah harus pada hari sebelumnya atau selepasnya.
Isu ini telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Imam Syam al-Din Muhammad bin Abu Bakr Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah (m.752H) dalam karyanya Tuhfat al-Wadud bi Ahkam al-Mawlud dengan menyenarai sejumlah hadith dari Nabi SAW.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan nama yang indah dan baik?
Nama yang elok dan indah ialah nama yang sedap disebut, mempunyai makna dan dan maksud yang baik, terhindar dari makna dan sifat yang dilarang olah agama atau sekurang-kurangnya nama-nama asing dan mengelirukan.
3. Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemiliknya untuk berkelakuan baik. Sejauhmana benarnya nama itu akan mempengaruhi atau mempunyai kaitan yang rapat dengan personaliti/perwatakan seseorang itu?
Memang benar yang nama itub lebih kepada aspek maknawi, namun penguruhnya terhadap luaran juga besar, jika tidak masakan ada orang yang sanggup menjaga dan mempertahankan namanya lebih dari menjaga harta, agar tidak tercemar dan terjejas nama baiknya.


4. Seandainyalah seseorang itu memiliki nama yang bermaksud buruk atau tidak elok, perlukah dari segi syarak, dia menukarkan nama tersebut?
Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda telah menukar nama-nama yang tidak baik. Aishah RA berkata: Rasulullah SAW telah menukar nama-nama yang buruk (Riwayat Tirmidhi). Ibn Umar berkata: Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama `Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (HR Tirmidhi dan Ibn Majah).
Ada kes dimana Rasulullah SAW menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama `Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti` (yang taat).

5. Dalam memilih nama, apakah garis panduan yang ditetapkan syarak?
Telah disebutkan yangh memilih nama yang baik-baik adalah hak seorang. Dengan itu ia semestinya hendaklah dilakukan sebaiknya. Jangan pakai ikut suka sahaja, tanpa panduan.Jika perlu dapatkan penjelasan dan panduan dari mereka yang berkeahlian dan mengetahui. Inilah yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah SAW, dimana mereka merujuk perkara tersebut kepada baginda SAW. Rasulullah SAW ada bersabda: Berikanlah nama dengan nama para Nabi-nabi, dan nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman…(HR Abu Daud dan al-Nasaii.
6. Segelintir individu yang mempunyai nama yang baik tetapi kita dapati ia tidak sebagaimana cantik dan baiknya sikap dan tingkah laku empunya nama. Mengapa itu berlaku? Atau adakah apabila nama itu terlalu berat untuk dibawa, natijahnya ia jadi sebaliknya?
Nama bukan satu-satu faktor yang menyebabkan seorang itu menjadi baik. Ia hanya langkah pertama dan permulaan yang semestinya disusuli dengan langkah seterusnya iaitu mendidik anak-anak itu dengan pendidikan yang sebaiknya. Tugas ibu bapa tidak selesai dengan memberi nama yang baik sahaja. Ia hanyalah permulaan yang disusuli dengan asuhan dan didikan yang berpanjangan. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang kondusif juga mempunyai pengaruh yang besar. Tidak berbangkit soal nama itu berat atau ringan!
7. Dalam satu situasi di mana kepercayaan ibu bapa atau orang tua dahulu kepada nama yang tidak mampu dibawa/berat oleh seseorang bayi itu menyebabkan bayi atau kanak-kanak itu diberikan nama timangan. Ada tidak ulasannya dari segi syarak dalam hal sebegini?
Dalam Islam, terkenal sejak zaman awal lagi tradisi memberiakn kepada individu dengan kunyah atau nama timangan ini. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam karyanya Tarbiah al-Awlad telah menyebut beberapa kebaikan dari nama timangan ini antaranya untuk memulia dan menghargai yang ampunya diri, mengembangkan personalitinya dan meliharkan kegembiraan untuknya bila dipanggil dengan nama timangan disamping melatihnya untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tua.
Rasulullalh SAW pernah memangil Abu Hurayrah dengan Aba Hir. `Aishah dengan `Aishi, Usamah dengan Usaim, Miqdad dengan Qudaim dan sebagainya, namun ia tiada kaitan dengan nama itu berat untuk dirinya.

8. Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan, bagaimana Islam melihat perkara ini?
Islam menyukai yang baik. Jika ia tidak baik , ia hendaklah dihindari.
9. Menerusi kisah-kisah yang berlaku di zaman Rasulullah di mana baginda menukarkan nama para sahabat yang mempunyai maksud nama yang tidak elok kepada baik. Mungkin ketika itu prosedurnya mudah tetapi di zaman sekarang, tentunya perlu melalui banyak karenah birokrasi. Apakah pandangan Ustaz dan mungkin ada cadangan agar usaha ini dapat dipermudahkan?
Saya berpendapat pihak yang berkenaan sepatutnya mempermudahkan peraturan dan urusan pertukaran nama ini, demi untuk keselesaan mereka yang terlibat dengan perkara ini.

10. Ada tidak sebarangan tegahan syarak dalam hal berkaitan pemilihan nama?
Yang ditegah ialah menenamakan dengan nama yang dilarang seperti nama yang khusu bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Abdul Raham bin Auf berkata nama saya sebelum Islam ialah Abdul Ka`bah lalu ditukar oleh Nabi SAW kepada Abdul Rahman, begitu juga nama-nama mereka yang melambankan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatannya, nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik. Sekurangnya, nama-nama yang tidak beridentitikan Islam.
11. Trend pemilihan nama untuk anak-anak sudah semakin berubah di mana kalau zaman dahulu, nama seseorang itu dipilih lebih kepada keindahan alam, bunga-bungaan dan hari-hari tertentu. Namun beberapa tahun kebelakangan ini, pemilihan nama gabungan antara ibu dan bapa, nama-nama Arab, gabungan nama moden yang bermaksud baik semakin menjadi ikutan masa kini. Mengapa perubahan ini berlaku mengikut pandangan ustaz dan apakah pandangan Islam mengenainya?

Perubahan kepada yang baik dan lebih baik adalah digalakkan. Mungkin hasil dari kesedaran kedua ibu bapa betapa mustahaknya nama-nama yang baik. Apalah maknanya kombinasi nama ibu dan bapa kalau ia tidak memberikan apa-apa makna. Nama anak bukanlah eksperimen yang kononnya lambang kasih sayang suami isteri dengan menabadikan sebahagaian dari nama ayah dan ibu.
Gambarakanlah situasi dimana semua orang berhimpun di Mahshar nanti dengan menyebut namanya yang tidak diketahui usul asalnya. Ada baiknya jika ibu dan bapa menyebut nama anaknya sepenuhnya bukannya rengkasan, lebih malang jika direngkaskan dengan menggunakan panggilan-panggilan asing.

Saturday, August 21, 2010

Penjelasan mengenai solat sunat witir

Saya telah dihubungi oleh seorang kawan diawal Ramadhan yang lalu menceritakan mengenai imam di surau tempatnya semasa solat witir yang ditunaikan tiga rakaat satu salam tetapi telah duduk untuk tahiyyat awal pada rekaat kedua sama seperti melakukan solat Maghrib. Tindakan imam tersebut telah menyebabkan ada segelintir jemaah yang keliru. Selang beberapa hari selepas itu, saya dibubungi oleh seseorang melalui e-mail dan bertanyakan mengenai kaifiyyat solat witir kerana dia mendapati imam di tempatnya telah melakukannya tiga rakaat satu salam, dia keliru kerana setahunya solat witir hendaklah dilakukan dengan tiga rakaat dua salam.

Dengan itu ada baiknya diteliti isu ini untuk menjelaskan kedudukannya. Sesungguhnya solat witir adalah antara amalan yang utama bagi mendekatkan diri dengan Allah. Sebahagian ulama berpendapat ia adalah sunat muakkad, malah kalangan ulama dalam mazhab Hanafi berpendapat ia adalah wajib. Yang nyata ia adalah suatu amalan yang sewajarnya dijaga oleh setiap Muslim dan tidak meninggalkannya.

Malah Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesiapa yang meninggalkan witir adalah orang yang tidak baik dan tidak wajar diterima kesaksian darinya. Ini menunjukkan betapa solat witir sangat diberatkan melakukannya.

Adapun cara melakukannya bolehlah direngkaskan seperti berikut:

i. Waktunya:

Bermula sebaik selepas solat Isha` dan berpanjangan sehingga naik fajar. Berdasarkan sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah menyediakan untuk kamu dengan satu solat iaitu witir, dijadikan Allah bagi kamu antara solat Isha` hingga naik fajar. (HR al-Tirmidhi: 425 dan disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmidhi.

ii. Adakah afdhal dilakukan di awal waktunya atau diakhirnya?
Berdasarkan hadith dinyatakan bagi mereka yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk melakuk pada akhir malam, maka bangunlah di akhir malam, afdhal baginya ialah mengakhirkannya kerana solat diakhir malam itu afdhal kerana ia disaksikan. Mereka yang bimbang tidak dapat bangun diakhir malam maka berwitirlah sebelum ia tidur berdasarkan hadith Jabir RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang bimbang tidak dapat bangun di akhir malam maka berwitirlah pada awalnya, sesiapa yang berazam kuat untuk bangun di akhir malam maka berwitirlah di akhir malam, sungguhnya solat akhir malam itu disaksikan dan dengan demikian ia afdhal. (HR Muslim, 755).
Imam Nawawi berkata: Inilah yang betul. Diandaikan hadith-hadith lain yang mutlak bentuknya berbanding keafdhalan yang jelas yang dinyatakan dalam hadith ini, seperti hadith: “Telah berpesan kepada saya kekasih saya (iaitu Rasulullah SAW) agar jangan tidur kecuali dengan witir, diandaikan bagi mereka yang tidak yakin ia dapat bangun diakhir malam. (lihat: Syarh Muslim, 3/277).

iii. Bilangan rakaat:

Sekurang-kurang bilangan witir adalah satu rakaat berdasarkan sabda Rasulullah SAW: Witir itu satu rekaat di akhir malam (HR Muslim, (752) dan sabda Rasulullah SAW; Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seorang kamu bimbang masuknya waktu subuh maka solatlah satu rakaat sebagai witir bagi apa yang kamu solat sebelumnya.(HR al-Bukhari, 911). Harus dikerjakan solat witir dengan tiga, lima, tujuh dan sembilan rakaat.

Jika melakukan solat witir tiga rakaat, ada dua caranya, kedua-duanya mengikut syarak.

Pertama: Dikerja tiga rakaat sekaligus dengan satu tasyahhud. Ini adalah berdasarkan hadith `Aishah katanya:

" كان النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يسلّم في ركعتي الوتر " ، وفي لفظ " كان يوتر بثلاث لا يقعد إلا في آخرهن "


Rasulullah SAW tidak memberi salam pada rakaat kedua witir. Dalam riwayat lain: Baginda berwitir tiga rakaat dan tidak duduk kecuali diakhirnya. (Diriwayatkan oleh al-Nasaii 3/234; al-Bayhaqi, 3/31.

Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk (4/7) berkata: Diriwayatkan oleh al-Nasaii dengan sanad yang hasan dan al-Bayhaqi dengan sanad yang sahih.

Kedua: Bersalam pada rakaat kedua dan witir dengan satu rekaat. Cara ini dilakukan oleh Ibn Umar dimana beliau mengasingkan antara al-syafa’ (solat dua rakaat) dengan witir dengan salam. Dikhabarkan yang Rasulullah SAW melakukan sedemikian. (Riwayat Ibn Hibban, 2435; Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (2/482) berkata: Sanadnya kuat.
Jika berwitir dengan lima atau tujuh rakaat, ia hendaklah dilakukan secara berterusan dan bertashahhud pada rakaat yang terakhir dan salam selepas itu. Berdasarkan apa yang diriwayat dari ‘Aishah katanya:

كان رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يصلي من الليل ثلاث عشرة ركعة يوتر من ذلك بخمس لا يجلس في شيء إلا في آخرها

Rasulullah SAW melakukan solat malam sebanyak 13 rakaat dan berwitir dengan lima rakaat, tidak duduk antaranya kecuali pada akhirnya. (HR Muslim, 737).

Ummu Salamah RA berkata: Rasulullah SAW berwitir dengan lima dan tujuh rakaat dan tidak diselangi dengan salam antaranya. (HR Ahmad, 6/290; al-Nasaii 1714. Imam Nawawi berkata: Sanadnya Jayyid. Lihat: Al-Fath al-Rabbani 6/290. Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasaii.

Apabila witir dilakukan dalam sembilan rakaat, ia dilakukan berterusan dengan duduk untuk bertasyahuud pada rakaat yang kelapan kemudian bangun untuk rekaat kesembilan dan bertasyahhud pada rakaat tersebut dan bersalam. Berdasarkan hadith dari ‘Aishah:

أن النبي صلى الله كان َيُصَلِّي تِسْعَ رَكَعَاتٍ لا يَجْلِسُ فِيهَا إِلا فِي الثَّامِنَةِ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ ثُمَّ يَنْهَضُ وَلا يُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّ التَّاسِعَةَ ثُمَّ يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا

Bahawa Nabi SAW solat sembilan rakaat, tidak duduk padanya kecuali dirakaat yang kelapan lalu dia menyebut nama Allah (zikir), memujiNya dan berdoa lalu ia bangkit tanpa salam, bangun solat untuk rakaat yang kesembilan kemudian duduk lalu dia menyebut nama Allah (zikir) , memujiNya dan berdoa kemudian bersalam dengan salam yang kami dengar. (HR Imam Muslim (746).

Jika berwitir dengan 11 rakaat, hendaklah bersalam selepas setiap dua rakaat dan disudahi dengan satu rakaat.

Witir yang dilakukan tiga rekaat, Imam al-Nasaii meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubai bin Kaab mengenai surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah SAW katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Hadith diatas diriwayatkan oleh al-Nasaii 1729 dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasaii.

Dari riwayat ini didapati Nabi SAW membaca surah al-A’la untuk rakaat pertama, surah al-Kafirun pada rakaat yang kedua dan surah al-Ikhlas pada rakaat yang ketiga.


Inilah kayfiat solat witir yang dinyatakan dalam sunnah Rasulullah SAW. Dengan itu untuk mencapai kesempuraan , kayfiat yang dinyatakan itu seeloknya dilakukan kesemuanya dan tidak terbatas kepada satu cara sahaja , sekaligus dapat mengerjakan sunnah itu semuanya.




والله تعالى أعلم .

Tuesday, August 17, 2010

Taqwa: Pengertian dan Kepentingannya:

Di saat kita sedang menjalani ibadat puasa, yang antara metlamatnya adalah untuk membentuk insan yang bertaqwa, ada baiknya dibincangkan secara ringkas mengenai taqwa, sekurang-kurangnya untuk memberi gambaran umum mengenainya.

Pengertian:
Terdapat ungkapan yang berbagai bagi menjelaskan pengertian taqwa itu, namun ia merujuk kepada pengertian yang satu iaitu seseorang hamba mengambil perlindungan dari kemurkaan Allah dan azabNya dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Ibnu Rejab berkata: Taqwa pada asalnya adalah seseorang menjadikan pelindung antaranya dengan perkara yang ditakuti sebagai perisai. Hamba yang berbertaqwa kepada Tuhannya ialah hamba yang menjadikan antaranya dengan apa yang ditakuti dari Tuhannya dari kemurkaan,kemarahan dan balasanNya suatu pelindung iaitu dengan mengerjakan ketaatan dan menjauhi bermaksiat kepadaNya.


Ibn al-Qayyim pula berkata: Hakikat taqwa itu adalah mengerjakan taat dengan penuh keimanan dan pengharapan samada perintah atau larangan, melakukan apa yang diperintah dalam keadaan beriman dengan apa yanag diperintah dan membenarkan janjinya, juga meninggalkan apa jua yang dilarang dalam keadaan beriman akan larangan itu dan membenarkan amaran serta ancamanNya.
Talaq bin Hubayb perkata: Apabila berlaku fitnah padamkanlah dengan taqwa. Lalu ada yang bertanya:Apakah taqwa: Jawabnya: Mentaati Allah dengan nur Allah dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah dan meninggalkan maksiat dengan nur Allah takutkan balasan dari Allah. Inilah ungkapan terbaik mengenai batasan taqwa.
Abdullah bin Mas`ud berkata semasa menjelaskan ayat
(اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ( آل عمران:102]
berkata: Taat tidak derhaka, ingat jangan lupa, syukur bukan kufur. Dan diperjelaskan oleh Ibn Rejab dengan mengatakan mensyukuri Allah itu merangkumi semua ketaatan, adapun maksud dari ingat dan tidak lupa ialah seseorang hamba mengingati Allah dengan hatinya akan semua perintah Allah dalam segala gerak dan diamnya serta perkataannya.

Amir al-Mu`minin Umar bin al-Khattab telah bertanya Ubay bin Kaab: Apakah taqwa? Ubay menjawab: Ya Amir al-Mu`minin! Pernahkah anda melalui jalan yang ada padanya duri? Jawab Umar: Ya! Ubay bertanya lagi: Apakah yang anda lakukan? Saya akan angkat kaki saya dan akan melihat tempat yang akan saya akan pijakkan kaki dan beringat-ingat bimbang kaki saya akan terpijak duri itu. Jelas Ubay: Itulah taqwa!

Amir al-Mu`minan Ali bin Abi Talib KWJ juga ditanya mengenai taqwa lalu jawabnya: Takut kepada Allah, beramal dengan apa jua yang diturunkan, redha dengan agihan rezeki yang sedikit, bersedia untuk hari keberangkatan (kematian).
Beliau juga berkata: Meletakkan diri dalam perkara yang diperintah dan mengelakkan diri dari perkara yang terlarang.

Al-Khusyairi: Hakikat taqwa ialah berlindung dari azab Allah dengan melakukan ketaatan.

Al-Jurjani: Maksud taqwa dalam ketaatan ialah ikhlas, maksud taqwa terhadap maksiat ialah menjauhinya dan berwaspada.
Beliau juga berkata: Taqwa bermakna menghindarkan segala perkara yang menjauhkan diri dari Allah.

Al-Fairuz Abadi: menjaga diri dari sesuatu yang mendatangkan dosa. Kesempurnaan takwa dengan meninggalkan sebahagian dari perkara yang harus dan perkara yang boleh memudaratkan agama.

Tempat taqwa adalah di hati akan tetapi bukti dari apa yang ada dihati adalah tindakan zahir. Dengan itu mereka yang mendakwa ia bertaqwa sedangkan amalannya bertentangan dengan perkataannya, ternyata ia berdusta.

Kepentingan Taqwa:

Peri pentingnya taqwa begitu ketara sekali apabila Allah SAW telah berpesan dengannya untuk semua makhluknya, yang awal dan yang akhir. FirmanNya:
وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُواْ اللَّهَ وَإِن تَكْفُرُواْ فَإِنَّ لِلّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah al-Nisa: 131).

Malah ia juga merupakan pesanan para Rasul (`alaihim al-salam). Perhatikan ayat-ayat berikut:

كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ(123)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

(Kaum `Ad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertaqwa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.).(Surah al-Syu`ara`: (123-124).

Firman Allah:

كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ(141)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).Ketika saudara mereka - Nabi soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertawa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.(Surah al-Syu`ara: 141-142).
Firman Allah:

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ(160)إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

Kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).Kketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu bertaqwa dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.(Surah al-Syu`ra’: 160-161);

Firman Allah:

كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ(176)إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

(Penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. (Surah al-Shu`ra’: 176-177).
Firman Allah:

وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنْ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ(10)قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ

(Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu bertaqwa? (Surah al-Syu`ra’: 10-11).



Malah ia juga wasiat dan pesanan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Sada bin `Ajlan al-Bahili dimana Rasulullah SAW berpesan dalam Khutbah Haji Perpisahan. Sabdanya:

{ اتقوا ربكم وصلّوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدّوا زكاة أموالكم، وأطيعوا أمراءكم، تدخلوا جنة ربكم }.

“Bertaqwalah kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu kamu, berpuasalah (bulan Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat hartamu, taatilah pemerintah kamu lalu masuklah syorga Tuhanmu”.

Dalam hadith yang diriwayatkan dari Irbadh bin Sariyah Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
أوصيكم بتقوى الله

“Saya berpesan kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah”

Malah sudah menjadi tradisi di kalangan para sahabat dan generasi selepas mereka berpesan dengan takwa ini juga kepada anak-anak mereka.
Malah taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Firman Allah:

وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ

Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-A`raf:26)


Malah ia juga adalah sebaik-baik-baik bekalan.Firman Allah:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِي يَا أُوْلِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa (dengan memelihara diri) dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Rasulullah SAW bersabda:

ثلاث مهلكات ، و ثلاث منجيات ، فقال : ثلاث مهلكات : شح مطاع ، و هوى متبع ، و إعجاب المرء بنفسه . وثلاث منجيات : خشية الله في السر و العلانية ، و القصد في الفقر و الغنى ، و العدل في الغضب و الرضا
“Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara penyelamat: Sifat kikir yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti, kagum dengan diri sendiri; Tiga penyelamat ialah takutkan Allah secara rahsia dan terang-terangan, an dan berhemat semasa fakir dan senang, adil semasa marah dan redha. (Silsilat al-Sahihah, 1802)

Rasulullah SAW juga ada bersabda:
أتّقِ اللّه حيثُما كنتَ وأتبِع السيئةَ الحسَنَة تَمحُها
“Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, susulilah keburukan dengan kebaikan, necaya ia dapat memadamkannya”.

Menyusul: Bagaimana jngin menjadi muttaqin?

Monday, August 2, 2010

Menjelang Ramadhan

اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah berkatilah kami di Bulan Sha`ban dan sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan

Cadangan Perancangan bagi menghadapi Ramadhan:
Motto:
Saya akan jadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan terdahulu:
Objektif:
Imam yang mantap, kefahaman yang luas dan fizikal yang sihat


Pertama: Persiapan rohani dan amali bagi menghadapi Bulan Mulia.

Berdoa dengan sebelum kedatangan Ramadhan antara doa yang ma`thur dari nabi adalah:
)اللهم بارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان).
“Ya Allah berkatilah kami di Bulan Sha`ban dan sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan”



Azam yang perlu ditanam sebelum masuknya Ramadhan
Dalam satu hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
(إذا تحدث عبدي بأن يعمل حسنة فأنا اكتبها له حسنة)

(Apabila seorang hambaKu berazam untuk melakukan kebaikan akan dicatatkan baginya kebaikan.
:

Diantara azam atau niat yang perlu ditanam sebelum menghadapi bulan Ramadhan ialah:
1. Azam untuk khatam al-Qur`an beberapa kali dengan penuh perhatian dan taddabur.
2. Niat untuk bertaubat nasuha dari semua dosa-dosa lampau.
3. Berazam untuk menjadikan bulan ini sebgai titik mula dan permulaan bagi amal saleh untuk selama-lamanya dengan izin Allah.
4. Berazam untuk mengerjakan sebanyak mungkin kebaikan, sekaligus mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
5. Berazam untuk memperbetulkan pekerti dan akhlak dan berurusan secara baik dengan semua orang.
6. Berniat untuk berkerja untuk agama dan menyebarkannya di kalangan manusia.
7. Berniat untuk menyediakan perancangan yang dipenuhi dengan ibadat dan memberi komitmen yang penuh terhadapnya.
Telaah Iman: Iaitu menelaah buku-buku yang khusus berkaitan dengan bulan yang mulia ini, agar jiwa akan tenang dengan sentuhan rohani yang tinggi pada bulan ini.
• Pilihlah apa-apa buku yang berkaitan dengan Ramadhan untuk mendalami Fiqh mengenai puasa.
• Berpuasa sunat dalam bulan Ramadhan sebagai pra Ramdhan. Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Ummu al-Mu`minin `Aishah banyak berpuasa pada Bulan Sya`ban. Namun begitu jangan berpuasa paha hari terahkhir Sya`ban.
• Suburkanlah kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan, dimana Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa, Malam al-Qadar, bulan dimana Malaikat berdoa agar orang yang berpuasa diampuni Allah dan gandaan pahala di bulan Ramadhan. Ini semua akan menjadi pendorong dalaman yang kuat sebagai persiapan menghadapi Ramadhan.
Untuk melaksanakan telaah ini, lakukanlah perkara-perkara berikut:
• Mendengar info mengenai Ramadhan dari berbagai medium seperti kaset, cd dan lain-lain sebelum menjelangnya Ramadhan. Jika digunakan
• Menelaah ayat-ayat al-Qur`an berkaitan puasa dan meneniti tafsiran yang telah dibuat oleh para ulama terhadap ayat-ayat berkenaan.
• “Duduk bersama kami menghayati Ramadhan” Motta sebelum Ramadhan ia merupakan program duduk bersama personaliti ulama dan ilmuan dengan tujuan membincangkan bersama mereka bagaimana menghayati Ramadhan seperti selayaknya. Ia boleh diatur terlebih dahulu dengan mereka yang berkenaan. Majlis sebegini adalah majlis menyemarakkan iman yang boleh memberi kesan yang sangat baik bagi persiapan Ramadhan.
• Pelajari fiqh ramadhan (adab dan hukum) melalui majlis ceramah, kulliah pengajian di masjid dan selainnya.

Langkah-langkah praktikal:
• Memperuntukkan sejumlah tertentu dari pendapatan bulan bulan ini untuk program program memakmurkan Ramadhan, seperti:
i. Infaq Ramadhan.
ii. Mencetak buku, risalah dan bahan-bahan penerbitan untuk disebarkan kepada masyarakat setempat.
iii. Menyediakan pek Ramadhan yang berupakan makanan untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dari awal bulan Ramadhan hingga ke penghujungnya.
iv. Menunaikan umrah pada bulan Ramadhan bagi yang mampu kerana Rasulullah SAW bersabda: Umrah pada bulan Ramadhan menyamai Haji. Dalam satu riwayat “seperti berhaji bersamaku”.

Menyusul: Program Harian Ramadhan.