Friday, May 22, 2009

buku baru


Alhamdulillah karya terbaru saya Ulum Al-Hadith yang siap dicetak dan sudah mula diedarkan. Buku terbitan syarikat Warisan Nabawi Enterprise , urusterbit buku terbaru ini dijalankan oleh Book Pro.



Diperturunkan sedikit sinopsis buku ini buat tatapan semua. Buku ini menerangkan kedudukan sebenar tata letak sunnah Muhammad s.a.w. di dalam syariat Islam. Ia mampu menangkis fahaman anti hadith dan mengekalkan status quo sunnah Rasul s.a.w. sebagai sumber yang mendasari syariat dan hukum Islam.
Tulisan yang membahaskan ilmu-ilmu berkaitan sains hadith atau ulum al-hadith. Bagi memurnikan khilaf yang wujud berkaitan ilmu hadith, buku ini dapat memperincikan perbahasan yang dibawa oleh para ulama’ silam dan sekarang. Penelitian yang tuntas dan sederhana memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa yang membelek setiap halaman buku ini.
Buku ini juga mampu memberi maklumat awal tentang gambaran sebenar ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasul s.a.w. yang disusun atur oleh para ulama’ silam dan semasa. Disenaraikan bersama contoh-contoh yang mudah difahami di samping huraian yang jelas dan terang sebagai mana yang digariskan oleh ulama’ hadith.
Boleh menjadi rujukan sama ada di peringkat menengah, pengajian tinggi hatta masyarakat awam sekalipun. Sesuai menjadi buku panduan untuk pelajaran yang berkaitan hadith, tafsir, fiqh dan sebagainya.

3 comments:

syeda said...

assalamualaikum.

bagaimana caranya untuk membeli buku tersebut? nombor talipon untuk dihubunginya.

Ahmad Saifuddin said...

Saudari boleh datang ke Jabatan al-Quran dan Hadith di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Atau boleh hubungi penulis di talian, 03-79676060.

syeda said...

assalamualaikum.

saya membuat panggilan hingga lapan kali tetapi tiada jawapan