Friday, July 13, 2012

MENGENALI HADITH BERKAITAN BULAN REJAB




Bulan Rejab, Sya`ban dan Ramadhan mempunyai kedudukan yang tersendiri di kalangan umat Islam. Apalagi ada yang mengaitkan dengan hadith Rasulullah SAW. Antara yang paling populer adalah hadith:


 “Rejab Bulan Allah, Sya`ban bulan-ku dan Ramadhan bulan umat-ku”.
Pandangan ulama menegai hadith ini:
Al-Hafidh al-Iraqi dalam Syarh al-Tirmidhi berkata: Hadith yang sangat lemah dari hadith-hadith mursal riwayat Hasan. Hadith ini diriwayatkan dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Asfahani dan Mursalah Hasan, tidak terdapat di kalangan ulama Hadith dan tidak sah hadith-hadith berkaitan dengan kelebihan bulan Rejab satu hadith pun.
Dalam Tabyin al-Ujab fima Warada fi Rejab, Imam Ibn Hajar ada menyebut yang hadith ini diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Naqash dan sanadnya bertindih, tidak diketahui yang Alqamah ada mendengar hadith ini dari Abu Said. Al-Kasaii yang disebut dalam sanad tidak dikenal siapa orangnya, pertikaian pada sanadnya tertumpu kepada al-Naqash.
Al-Dhahabi dalam al-Mizan menyebut yang al-Naqash adalah lemah dan matruk al-Hadith. Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikhnya menyebut yang beliau dituduh memalsukan hadith dan hadith-hadithnya riwayatnya adalah munkar.
Al-Hafidh Talhah bin Muhammad bin Jaafar berkata yang al-Naqash berbohong dalam meriwayatkan hadith.
Al-Barqani berkata: Setiap hadithnya adalah munkar dan al-Kisaii yang terdapat dalam sanad hadith ini tidak dikenali.
Imam al-Suyuti dalam al-Jami` al-Shagir berkata hadith ini adalah dha`if, diriwayatkan oleh Abu al-Fath bin al-Fawaris dalam al-Amali dari al-Hasan secara Mursal.
Al-Ajluni dalam Kasf al-Khafa` (1/433) berkata: Diriwayatklan oleh al-Daylami dan lain-lain dari Anas secara marfu` akan tetapi Ibn al-Jawzi menyebutnya sebagai mawdhu` (palsu) dari beberapa jalan riwayatnya, begitu juga al-Hafidh Ibn Hajar dalam Tabyin al-`Ujab..
Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (4/24) berkata: hadith ini diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnadnya, hadith ini dimasukkan oleh Ibn Al-Jawzi dalam al-Maudhu`at  iaitu dari khabarkan yang merupakan pendustaan kepada Nabi SAW, al-Kisaii tidak dikenali, manakala al-Nuqash dituduh berdusta. Ibn Iraq juga memuatkan hadith iini dalam al-Tanzih

Hadith ini telah didha`ifkan oleh Imam al-Suyuti dan juga Syeikh al-Albani.

No comments: