Sunday, April 20, 2008

CORAK DAN ARAH PEMBANGUNAN HAKIKI MENURUT AL-QUR`AN:




Pendahuluan:


Penurunan al-Qur`an dari Allah kepada umat Islam melalui Junjungan Besar (s.a.w.) merupakan suatu anugerah besar dariNya. Ia merupakan kitab samawi yang terakhir yang terlengkap berbanding dengan kitab-kitab lain yang pernah diturunkan. Dijamin penerusannya dan terpelihara dari sebarang bentuk penyelewengan. Firman Allah:

انَّا نَحْنُ نَزَّلنَا الذِّكْر وَانَّا لهُ لحَفِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur`an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.)(Surah al-Hijr, 15:9).

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مِّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

(Dan tidak datang padanya (Al-Qur`an) kebatilan, baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.)(Surah Fussilat, 41:42).


Allah SWT juga telah mensifatkan al-Qur`an sebagai penyuluh yang lengkap sempurna dan tiada sebarang kelemahan dan kekurangan. FirmanNya:

قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِين يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنْ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.)(Surah al-Maaidah, 5:15-16).

Al-Qur`an juga merupakan keterangan untuk semua perkara. Firman Allah:

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَبَ تِبْيَنًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
(Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur`an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.)(Surah al-Nahl, 16:89).

Kenapa al-Qur`an diturunkan?

Al-Qur`an diturunkan untuk diatur perjalanan hidup seluruhnya dengan petunjuknya dan dilaksanakan dengannnya apa jua yang diturunkan dari Allah swt dan dengan hidayatnya manusia mendapat bimbingan ke jalan yang sempurna, sekaligus membebaskan mereka dari kegelapan dan membawa mereka kepada cahaya yang terang benderang.

Al-Qur`an sendiri telah menjelaskan objektif penurunannya oleh Allah untuk dicapai oleh manusia dalam kehidupan mereka. Antaranya firman Allah:

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَبَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ
(Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kami mengadili antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu)(Surah al-Nisa`, 4:105).

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

(Wahai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (al-Qur`an). Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (agama)-Nya nescaya Allah akan memasukkan mereka kedalam rahmat yang besar dariNya dan menunjukkan mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepadaNya.)(Surah al-Nisa`, 4:174-175).


Firman Allah juga:

قَدْ جَاءَكُمْ مِنْ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنْ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنْ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.)(Surah al-Maaidah, 5:15-16).

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَبَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنْ الْكِتَبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنْ الْحَقّ
(Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran, untuk membenarkan Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk mengawasinya. Maka berhukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran). (Surah al-Maaidah, 5:48)

Firman Allah:

وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
(Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu).(Surah al-Maaidah, 5:49)


ALLah swt juga berfirman:

كِتَبٌ انزَلْنَهُ الَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنْ الظُّلُمَتِ الَى النُّورِ بِاذْنِ رَبِّهِمْ الَى صِرَطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
(Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji).(Surah Ibrahim, 14:1).

إِنَّ هَذَا الْقُرْءانَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّلِحَتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
(Sesungguhnya Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan bahawa orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya).(Surah al-Isra`,17:9-10)
Al-Qur`an diturunkan sebagai panduan kepada manusia dan untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka, maka tidak ada satu perkara pun yang diabiarkankan malah disertakan panduannya walaupun secara umum. Al-Qur`an bukan sahaja mengariskan tunggak akidah dan kaedah ibadat tetapi merangkumi semua perkara yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan mereka sesuai dengan ciri kesyumulan ajaran Islam itu sendiri.
Maksud pembagunan:
Umumnya pembangunan adalah suatu konsep yang umum. Justeru didapati takrifan yang berbagai, sesuai dengan bidang seseorang pengkaji. Ahili ekonomi menekankan yang pembangunan lebih kepada penambahan pengeluaran dan produktiviti negara. Dengan itu petunjuknya adalah ukuran ekonomi seperti perkapita dan GNP. Bertitik tolak dari pengertian ini pembangunan hendaklah bercirikan untuk menurangkan atau menghapuskan kemiskinan, ketidaksamaan dan pengangguran.
Ada juga pandangan yang mengatakan pembagunan melibatkan proses menyusun dan mengorientasikan semula sistem ekonomi dan sosial. Dengan itu ia menekankan aspek menaikkan taraf hidup ekonomi masyarakat.
Ada juga yang mengatakan yang pembangunan bertujuan untuk menghasilkan kemajuan sosial dan meterial khususnya berkaitan dengan nilai kesaksamaan, keseimbangan dan keadilan kepada sebahagian besar penduduk.
Rengkasnya pembangunan adalah proses berbagai dimensi yang melibatkan perubahan dalam struktur sosial, sikap institusi ekonomi dan juga mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan ketidaksamaan dan menghapuskan kemiskinan. Ia merupakan suatu proses yang berterusan dan menyeluruh, merangkumi tiga sektor utama iaitu pembangunan ekonomi, sosial dan kemanusiaan.
Matlamat pembangunan:
1. Menambah dan memperluaskan agihan keperluan asas.
2. Meninggikan taraf hidup yang dapat dijana melalui peningkatan pendapatan, peluang kerja yang luas, taraf pendidikan yang lebih baik.
3. Memperluaskan pilihan individu dan masyarakat dalam bidang ekonomi dan sosial.
Proses pembangunan pula tertakluk kepada faktor tenaga buruh, teknologi, modal dan sumber alam.
Pembangunan menurut Islam:
Al-Qur`an dan hadith sebagai sumber ambilan utama dalam Islam tidak pernah menolak pembangunan. Namun ia hendaklah selari dengan anjurannya. Pembangunan adalah termasuk dalam lengkungan amalan yang dituntut oleh al-Qur`an dan sunnah, sedangkan amalan pula adalah mengarahkan keupayaan yang rasional untuk melaksanakan matlamat syariat terhadap manusia di permukaan bumi.
Al-Qur`an juga banyak mengkisahkan berkaitan program pembangunan fizikal di zaman lampau seperti semasa pemerintahan Fir`aun, kerajaan Saba`, Kaum Ad dan Thamud untuk diambil pengajaran darinya oleh umat al-Qur`an khususnya.
Al-Qur`an sendiri telah menggariskan matlamat yang dituntut ke atas manusia dalam kehidupan ini iaitu:
i. Ibadat. Seperti difirmankan oleh Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
(Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu).(Surah al-Zariyat, 51:56).
ii. Khilafah. Sebagaimana firman Allah:
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
(Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seoarng khalifah di atas muka bumi).(Surah al-Baqarah, 2:30).
iii. ‘Imarah (memakmur dan membangunkan bumi). Sebagaimana firman Allah:
هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا
(Dialah (Allah) yang menciptakan kamu dari tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya…)(Surah Hud, 11:61).
Dengan merujuk kepada sumber utama dalam Islam itu, didapati pembangunan hendaklah berjalan berdasarkan paksinya yang tersendiri:
1. Pembanguan hendaklah mengikut acuan Islam.
Bumi dan seisinya adalah amanah Allah kepada manusia. Islam pula adalah syariat dari Allah untuk kesejahteraan manusia. Dengan itu dalam membangunkan bumi ia selayaknya hendaklah mengikut acuan Islam itu sendiri. Kegagalan mengikut acuan itu mengundang risiko kemusnahan.
Al-Qur`an menekan dan memuji sikap syukur kepada Allah atas segala kurniaanNya dan keadilan, diwaktu yang sama mengutuk kufr dan zulm. Berasaskan kepada konsep itulah proses pembangunan dimobilisasikan serta digiatkan.
Pembangunan dalam Islam hendaklah bersandarkan kepada falsafah tauhid (rububiyah dan uluhiyah), falsafah yang meletakkan peraturan tentang hubungan al-Khaliq dengan manusia dan antara manusia sesama mereka. Pelaksanaannya berlandaskan panduan syariat dan tidak menyalahinya. Ia juga berpaksikan al-`adalah (keadilan). Ketidakadilan dalam proses pembangunan akan mengundang kemusnahan. Justeru al-Qur`an menekankan keadilan dalam setiap tindakan. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ
Sesungguhnya Allah memerintahkan dengan keadilan.(Surah al-Nahl, 16:90).
2. Manusia sebagai agen pembangunan.
Telah dinyatakan yang manusia adalah khalifah Allah di bumi, sekaligus bertanggungjawab pula untuk membangunkan bumi ini berpandukan Syariat Allah yang terkandung dalam al-Qur`an.
Islam meletakkan pembangunan insan sebagai program utama kerana pembangunan negara banyak bergantung kepada sumber manusia. Manusia yang menjadi agen kepada pembangunan dalam Islam, hendaklah terlebih dahulu menyakini yang Islam sebagai manhaj al-hayat dan diasuh dengannya. Tidak cukup dengan itu ia memerlukan nilai tambah sebagai pelengkap. Ia melibatkan aspek kemahiran profesional, kualiti moral dan kesihatan fizikal. Tanpanya akan merencatkan proses pembangunan. Pembangunan insan berkait rapat dengan pendidikan dan latihan bagi melahirkan tenaga mahir yang begitu penting dalam pelaksanaan pembangunan. Firman Allah:
هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.(Surah al-Zumar, 39:9).
Rasulullah (s.a.w.) telah menegaskan apabila sesuatu urusan diserahkan kepada mereka yang tidak berkeahlian hanya menunggu saat kehancuran.
Sabdanya: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah (saat) kehancurannya”. (HR Bukhari).
Manusia sebagai agen pembangunan hendaklah berusaha gigih, tekun dan berterusan. Pembangunan menuntut penglibatan semua pihak. Mereka akan memperolehi hasil dari apa yang diusahakannya.Firman Allah:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
(Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi selain apa yang telah diusahakannya)(Surah al-Najm, 53:39)
Mereka juga tidak mungkin dapat melaksanakannya sekaligus tetapi mengikut tahap dan peringkatnya. Itu adalah fenomena biasa dalam pembangunan.
Firman Allah:
لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ
(Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).(Surah al-Insyiqaq, 84:19).
Kearah pembangunan yang berkesan, intisari manusia iaitu keupayaan yang diberikan secara fitrah kepada manusia hendaklah dibangunkan. Dengan membangunkan intisari insan yang merupakan pusat segala kebaikan yang ada dalam diri manusia, sejakigus telah membangunkan kuasa akal, kesedaran moral dan penghargaan terhadap estatikanya.
Manusia adalah pembina bukannya perosak. Al-Qur`an telah menegaskan kerosakan yang berlaku di bumi adalah berpunca dari manusia. Firman Allah:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(Surah al-Rum, 30:41).
3. Seimbang antara dunia dan akhirat.
Pembangunan dalam Islam bersifat pelbagai dimendi (multi-dimensional). Ia mementingkan keseimbangan; kebendaan dan rohaniah, kauntitatif dan kualitatis, luaran dalam dalaman. Ia bermotifkan al-Falah iaitu kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Selepas berhijrah ke Madinah Nabi (s.a.w.) terlebih dahulu membangunkan masjid sebagai pusat aktiviti, setelah itu pasar tempat aktiviti ekonomi pula dibangunkan. Ini jelas menggambarkan kesepaduan antara dunia dan akhirat. Pembangunan fizikal yang kosong nilai rohaniahnya terbukti tidak dapat bertahan. Tidak hairan jika tuntutan akhirat itu di dahulukan oleh al-Qur`an.
Firman Allah:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
(Dan carilah apada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni`matan) dunia.)(Surah al-Qasas, 28:77).
Rengkasnya keseimbangan pembangunan Islam kombinasi antara pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan rohani.
4. Memenuhi tuntutan Fardhu `Ain.
Pembangunan hakiki bermatlamatkan untuk mencapai keredhaan Allah. Dengan itu ia hendaklah berdasarkan kepada tuntutan fardhu `ain. Bertolak dari titik asas inilah maka seluruh pelaksanaannya akan menjadi ibadat. (Lampiran C) menggambarkan perkara ini.
Pembahagian antara fardhu `ain dan fardhu kifayah menggambarkan perlunya faktor keutamaan diambilkira dalam proses pembangunan walaupun ia berjalan seiring. Kegagalan dalam menentu awlawiyyat ini akan mengundang masalah dalam pelaksanaan pembangunan yang berkesan.
Terjadi di setengah negara umat Islam yang mempunyai infra struktur yang baik untuk bidang pertanian tetapi mengabaikannya untuk menjadi negara industri.Akhirnya mereka bergantung kepada orang lain untuk membekalkan keperluan makanan.
5. Pembangunan sebagai ibadat.
Aktiviti yang selari dengan syariat dan dilakukan pula dengan ikhlas adalah ibadat. Dengan itu ia sekaligus merangkumkan usaha dalam membangunkan negara.
Falsafah tazkiah tidak terpisah dalam pembanguan Islam terutamanya pembanguan insan. Dimana pembangunan tidak terlepas dari ikatan ketaatan terhadap pencipta. Melalui tazkiah ini manusia dapat membangunkan diri yang seterusnya dapat membangunkan semua demensi kehidupan termasuk pembangunan. Tazkiah akan berhasil melalui zikir, ibadat, taubat, sabar, muhasabah dan doa. Hasilnya adalah al-falah iaitu kesejahteraan dunia akhirat.
Aktiviti pembangunan yang berorientasikan ibadat hendaklah mengambil kira elemen berikut:
Dilakukkan krana Allah.
sanaan adalah menurut syariah dan tidak melaggarnya.
Natijah selari dengan syarak.
Tidak melalaikan.
6. Sumber alam sebagai alat pembangunan.
Alam ini seisinya adalah untuk kesenangan dan kemudahan manusia menjalani kehidupan mereka. Segala sumber alam ini adalah alat untuk mereka membanguan bumi ini. Al-Qur`an telah menegaskan:
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
(Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang ada di langit dan di bumi..).(Surah Luqman, 31:20).
Sebagai mensyukuri kurniaan Allah itu, sepatutnya aktiviti menbangunkan bumi yang keseluruhannya menggunakan sumber alam sepatutnya bersifat mesra alam. Keghairahan membangunankan persekitaran sepatut seiringkan dengan ingatan terhadap Pencipta Alam/al-Khaliq, disamping jalinan mesra sesama insan dan mesra alam.
7. Mencapai redha Allah.
Apapun aktiviti yang dilakukan oleh seorang Muslim termasuk pembangunan ini adalah untuk mencapai takwa. Peristiwa pembinaan masjid di Madinah yang tidak dengan tujuan taqwa semasa hayat Rasulullah (s.a.w.) boleh dijadikan pengajaran dalam perkara ini. Al-Qur`an telah menjelaskan segala-galanya.Firman Allah:
أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَنَهُ عَلَى تَقْوَى مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَنٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَنَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّلِمِينَ
(Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan(Nya) itu yang baik atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim).(Surah al-Taubah, 9:109).
Keredhaan Allah adalah matlamat utama dalam seluruh aktiviti kehidupan setiap hambaNya. TanpaNya siapalah kita. Inilah yang setiasa diulang-ulang sebutannya oleh setiap Muslim dan sepatutnya dilaksanakan dalam setiap tindak tanduknya.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan semesta alam).(Surah al-An`am, 6:162).
Sudah tentu segala tindakan yang dilakukan demi mencapai mardatilLah akan dikurniakan ganjaran yang besar.
Al-Qur`an telah mengemukan doktrin yang jelas mengenai pembangunan. Alam yang terbentang luas adalah bukti akan kewujudan penciptanya. Ia tercipta dengan kekuasaan dan kepandaian Allah. Secara tersirat untuk membangunkan bumi ini manusia juga memerlukan kepada kepandaian.
Al-Qur`an menganjurkan kepada pembangunan yang seimbang antara fizikal dan rohaniah. Manusia memerlukan hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Rasulullah (s.a.w.) menjelaskan dunia adalah jambatan ke akhirat.
Penutup:
Dari penjelasan di atas, cukup jelas corak dan cara pembangunan berasaskan ajaran al-Qur`an. Pembangunan yang seimbang dan menekankan aspek pembangunan rohaniah, ekonomi dan sosial yang berjalan seiring bagai mencapai al-falah di dunia dan akhirat.

Daftar bacaan:

Muhammad Faruq al-Nubhan, al-Ittijah al-Jamaii fi al-Tasyri` al-Iqtisadi al-Islami, Beirut:Muassasah al-Risalah, 1984.
Abdul Aziz Muhammad, Zakat and Rural Development, Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1993.
Khurshid Ahmad (pnyt.) Studies in Islamic Economic, Leicester: Islamic Foundation, 1981.
Ataul Haq Pramaik, Development and Distribution in Islam, P.Jaya:Fajar Bakti, 1993.
Najatullah Siddiqi, Muslim Economic Thingking: A Survey of Contemporary, Leicester:Te Islamic Foundation, 1981.
Kadir H.Din (pnyt), Development and The Muslim, Bangi: UKM, 1993.
Hamzah Ya`qub, Dinamika Islam Dalam Pembangunan, Jakarta: CV Publicita, 1972.
Mahayudin Hj Yahya, Isalm dan Pembangunan Negara, Bangi:UKM, 1986.
Muhammad Syukri Salleh, Pembangunan Berteraskan Islam, P.Jaya:Fajar Bakti, 1987.
Ja`far Shaykh Idris, “Pembangunan berteraskan Islam” dalam Islam Dan Pembangunan, Bangi:UKM, 1996.
Mohammad kamil Abd Majid, “Pemikiran Islam Tentang Konsep Perubahan Sosial Islam: dalam Jurnal Usuluddin, bil.7 1977.
Joni Tamkin Borhan, “Peranan Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam Dalam Pembinaan Umat Bertamaddun” dalam Pembangunan Tamaddun Ummah dan Cabarannya, P.Pinang: Jabatan Mufti Pulau Pinang, 2005.

No comments: